Pari Lalat

Sunday, September 30, 2012 ·

29 September 2012 Jam 9.20pm, Pari Lalat seberat 1.4kg yang berjaya dipancing oleh Bro Amer di lokasi Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun, Terengganu, berumpankan kegemaran beliau udang hidup yang ditangkap di sungai kawasan tersebut. Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatis uarnak adalah sejenis ikan yang sedap dimakan dan terdapat di seluruh dunia. Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji yang diselitupi dengan bahan yang sama membentuk sisik yu yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Taji ini yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging
bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri. Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Wal hasilnya......

4 comments:

Anonymous said...
Tuesday, October 16, 2012 at 10:27:00 AM GMT+8  

waa bleh tahan besar pari tu tahniah. mmg best mancing sini smlm sy turun mancing sini pukul 8.15mlm. bleh la dapat siakap merah 700g sekor besar tapak tgn sekor dan ikan kuku batu 500g sekor

Admin said...
Tuesday, October 23, 2012 at 8:05:00 AM GMT+8  

Tahniah bro... harap2 ada masa kt berjumpa

Anonymous said...
Sunday, October 28, 2012 at 3:22:00 PM GMT+8  

eh ni area kg sy. x sangka ada jg blog psl mancing di kg sy. sy slalu mancing disini. ptg raya kurban br ni dpt pari lalat jg kecik skit dr saiz yg tuan dpt. dan sekor ikan 9 sekilo lbh saiznya. hi sronok tgk blog ni. nazri tebing tembah

Anonymous said...
Tuesday, November 6, 2012 at 10:19:00 AM GMT+8  

salam.bersua lg.sj nk bg tau.ptg smlm adik sy turun mancing di kaw ni.dpt 2 ekor kakap merah + ketam nipah.saiz bleh thn jg. nazri t.tembah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets