background img

Kuku Batu & Ketam Nipah

Kuku Batu jarang didengari oleh umum, malah ada juga kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini. Ini kerana jarang kaki- kaki pancing menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesis buruan utama. Selain dikenali sebagai ikan kuku, spesis ini juga dikenali sebagai ikan kakas di sabah.

Fizikal spisis ini berwarna koko kehitaman dan berwarna putih di bahagian perutnya seperti pada gambar yang sempat diambil oleh penulis, dikatakan spesis ini dikategorikan sebagai ikan perlahan kerana ia memakan umpan tidak seperti ikan siakap atau kerapu, ia kemam dahulu makanan barulah ia telam dan cara getuannya seperti udang galah, tetapi boleh tahan juga ia spin apabila kail terkena padanya, hura-hara juga pemancing itu dibuatnya.

Jika pemancing itu dapat memancing ikan ini dan didapati kail terlekat pada mulut atau bibir ikan tersebut nescaya pemancing ini dikategorikan sebagai pemancing yang hebat, kenapa? kerana pemancing ini tau spisis apa yang makan pada umpannya. Habitatnya jarang berada di tempat terbuka, ia gemar berada di struktur muka kuala, karang, berbatu dan hutan bakau/nipah.

Umpan pula selalunya kaki pancing menggemari udang hidup, gandum, roti, teritek, isi ayam mentah, kulit ayam goreng, udang segar yang dibuang kulitnya dan ketam kecil seperti ketam angin atau ketam rumput. Selain itu bahagian ekor anak ikan kembung atau selayan juga menjadi santapan kegemaran spisis ini dan sebaiknya bahagian ekor tersebut dipijak-pijak supaya ia menjadi lembit

Info mengenai ketam nipah, nama saintifik ketam nipah ini adalah Scylla Serrata, ketam jenis ini hanya boleh hidup di dalam air payau dan juga masin, kulitnya berwarna coklat dan ia teramat sensitive dengan air hujan. Ketam nipah sememangnya lebih sedap dari ketam laut, kerana ketam laut yang dibeli di pasar adalah ketam sejuk yang telah dibekukan. Kemungkinan ketam laut yang dibeli itu telah disimpan terlalu lama, namun perbezaan isinya dapat dirasakan samada segar atau tidak.

Pemancing: Amer
Lokasi: Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers