Sungai Kerteh

September 16, 2012 by
Sungai Kerteh terletak di Daerah Kemaman Terengganu kira-kira 400m lokasi ini dari jalan raya atau jambatan besar perlabuhan kerteh. Tempat berhampiran dengan Sungai Kerteh ialah Tanjung Kerteh, Pantai Kerteh, loji petronas Kerteh dan Bandar Baru Kerteh. Sungai Kerteh ini mengalir dari muara atau tanjung Kerteh menuju ke Batu Putih dan sungai Rangon.
Terdapat bot-bot laut di sepanjang Sungai Kerteh ini sehingga melepasi jambatan besar Kerteh, ini menunjukkan hampir separuh perkampungan di lokasi ini menjalankan aktiviti-aktiviti nelayan. Semestinya sungai Kerteh ini juga merupakan sungai sasaran bagi kaki-kaki pancing dalam memburu ikan-ikan terbaik seperti Siakap Merah, Siakap Putih, Kerapu, Pari, Jenahak dan lain-lain.
Terdapat juga kem latihan berkayak dan pusat latihan khidmat negara di lokasi ini serta juga tempat-tempat riadah untuk membawa keluarga pergi berkelah. Jika anda gemar memancing Kerapu, Gelama dan Bulus, nah lokasi inilah sasarannya, jika musim Gelama datang lagi semestinya sungai ini menjadi lubuk si ikan Gelama dan Bulus bermain sehingga kebanyakkannya terdiri dari saiz-saiz mega. Gambarajah menunjukkan keindahan Sungai Kerteh dan ikan kerapu yang sempat diambil penulis semasa aktiviti memancing petang tadi.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog