Lokasi memancing udang galah di Sungai Air Hitam Paka.
Assalamu'alaikum... Sabtu 07 Jan 2012 jam 3.30pm, setelah hampir 2 bulan musim tengkujuh melanda pantai timur, mula terasa giang mancing yang amat sangat dan kami
turun memancing udang galah di lokasi Sungai Air Hitam Paka Dungun Terengganu berhadapan Loji Air Paka.
Dalam 40 minit memancing, 3 ekor udang galah telah berjaya dipancing oleh Pak Ripin dengan berumpankan cacing.
Pulang pada pukul 6.30pm dengan keseluruhan tangkapan sebanyak 5 ekor udang galah bersaiz sama dan 1 ekor ikan sebarau seberat 400g, sedikit sahaja tangkapan yang diperolehi, biasalah memancing di tepi sungai tak sama jika memancing menggunakan bot.
1 comments:
Sronok rsnya bila mancing udang ni. next week singgah sini jg tuk pegi mancing.
Post a Comment