Melalui grafik ini, dapat diketahui bahawa rumah Rasulullah saw bersambung dan hampir berjiran dengan Masjid Nabawi di Madinah al-Munawarrah. Di antara rumah Rasulullah saw dan Masjid Nabawi inilah terdapatnya satu tempat yang dikenali dengan Raudhah yang mana segala doa akan dimakhbulkan oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw daripada Abu Hurairah ra,
“Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di
antara taman-taman surga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku.” ( Riwayat Sahih Bukhari)
antara taman-taman surga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku.” ( Riwayat Sahih Bukhari)
Bilik Rasulullah saw dan laluan keluar ke Masjid Nabawi
Kini, sempadan yang dikatakan Raudhah telah berada dalam lingkungan Masjid Nabawi. Pihak berkuasa Masjid Nabawi telah menandainya dengan warna hijau disebalik warna karpet berwarna merah.
Saiz Rumah Rasulullah SAW
Rumah baginda mempunyai ketinggian hanya 3 meter dan selebar 4.5 meter. Manakala bilik baginda pula hanya sepanjang 3.5 meter danselebar 3 meter. Di dalamnya hampir tiada perabot-perabot mewah melainkan hanya bantal dan sebidang tikar untuk baginda tidur, bersolat dan merehatkan badan. Ia bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Sahih Bukhari dan Baihaqi)
Melalui beberapa hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Rifa’ah Al-Udzri dan beberapa yang lain, terdapat beberapa kelengkapan lain dalam rumah Rasulullah. Walaubagaimanapun, kelengkapan tersebut hanyalah kelengkapan basis seperti kerusi, kendi dan mangkuk.
Saiz rumah Rasulullah SAW
Saiz bilik Rasulullah SAW
Tikar dan bantal Rasulullah SAW yang diperbuat daripada kulit berisi serabut
Rumah Ummul Mukminin
Selain Masjid Nabawi yang berjiran dengan dengan rumah baginda, kediaman Rasulullah saw juga berdekatan dengan kediaman isteri-isteri baginda. Urutan rumah-rumah isteri baginda paling dekat adalah seperti berikut:
1. Sayyiditina Hafsah bt. Umar al-Khattab ra
2. Sayyiditina Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah ra
3. Sayyiditina Aisyah bt. Abu Bakar as-Siddiq ra
4. Sayyiditina Ummu Salamah Hindun bt Abi Umaiyah ra
5. Sayyiditina Juwariyyah bt. Harith ra
6. Sayyiditina Zainab bt. Jashy ra
7. Sayyiditina Ummu Habibah Ramlah bt. Abi Sufyan ra
8. Sayyiditina Safiyah bt. Huyay ra
9. Sayyiditina Maimunah bt. Harith ra
Deretan bilik atau kamar ummul mukminin
Di tapak rumah Sayyiditina Aisyah ra, Rasulullah saw kemudian dimakamkan. Kemudian, dimakamkan pula dua sahabat besar baginda,Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Walaubagaimanapun, kerana perluasan Masjid Nabawi oleh kerajaan Arab Saudi, ketiga-tiga makam itu kini berada di dalam lingkungan masjid, iaitu di sudut tenggara atau disebelah kiri depan masjid.
Aisyah sendiri dan isteri-isteri baginda yang lain kebanyakannya dimakamkan di perkuburan Baqi. Pada satu masa dahulu, perkuburan Baqi terpisah cukup jauh, kini dengan perluasan masjid secara berkala, perkuburan Baqi telah berada bersebelahan dengan halaman Masjid Nabawi.
Terdetik dalam hati penulis apabila melihat pemimpin agung dan idola umat Islam hanya mempunyai rumah yang layaknya seorang buruh kasar. Terang lagi jelas bahawa baginda tidak menghiraukan kesenangan dunia dan ini menangkis fitnah serta tohmahan para orientalis dan yahudi laknatullah yang mengatakan baginda sebenarnya seorang yang tamak dan materialistik.
Sabagai perbandingan, rumah musuh-musuh Allah seperti Qarun, Firaun, Hamman, Namrud dan sebagainya, kesemua mereka mempunyai kediaman yang amat besar dan mewah. Runtuhan istana-istana mereka membuktikan segalanya. Qarun misalnya, telah digambarkan dalam al-Quran mempunyai gudang menyimpan hartanya yang sangat besar sehingga ‘kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat’.
Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.” (Surah al-Qashash ayat 76)
0 comments:
Post a Comment