background img

Solat

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya. Solat itu tiang agama, solat adalah amalan pertama yang akan disoal. Rasulullah S.A.W bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama... “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-HR Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia.

Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers