background img

Kerapu 168kg

Kerapu gergasi sepanjang 6 kaki/2 meter dan seberat 168 kg dijual oleh peniaga Tan Kah Seng pada harga RM7,560 di pasar Lebuh Cecil Butterworth, Pulau Pinang kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee.

Kerapu ini ditangkap di perairan Teluk Bahang pada Khamis awal bulan lepas. Penjual ikan berkenaan, Tan Kah Seng berkata, seramai lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menangkap ikan berkenaan menggunakan pukat.

Kalau anda semua masih ingat lagi berita ini sama seperti berita tahun lepas bulan yang sama(ogos) seekor ikan kerapu gergasi sepanjang 2 meter dan berat 148 kilogram berjaya ditangkap oleh seorang nelayan di Pantai Remis, Ipoh. Agak-agak anda semua lah, nak buat masakan apa dengan ikan gergasi ni, mungkin juga anda tak lalu nak makan, tengok pun dah naik takut, mesti mahal masakan kerapu ni di restoran Che Kean Ghee.

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers