background img

Berita Pancing Dari Dungun

Tunggu kaki pancing...
Oleh Rosli Ilham
Joran - Berita Harian

60 bot bawa pemancing pusingan akhir Grand Slam GP Joran 2011.

SEBANYAK 60 buah bot sudah sedia bagi membawa peserta kategori laut pada Pusingan Akhir Grand Slam GP Joran 2011 yang akan berlangsung di Kuala Dungun, Terengganu pada 1 dan 2 Oktober depan. Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mohamad Abd Ghani berkata, pihaknya melalui 10 Ahli Lembaga Pengarah (ALP) telah menemui pemilik-pemilik bot bermula Ahad lalu.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 60 buah bot di sekitar Kuala Dungun telah menyatakan persetujuan mengalas cabaran membawa peserta pusingan Akhir Grand Slam GP Joran kali ini dengan mengenakan beberapa syarat kepada pemilik bot.

“Antara syarat pemilik perlu memastikan bot mereka berada di dalam keadaan baik dan selamat digunakan termasuk memastikan lampu keselamatan bot berfungsi dengan baik. Pemilik bot juga perlu melabuh dan menggerakkan bot apabila diarahkan peserta
termasuk keadaan bot yang mempunyai ruang dan kelengkapan memasak untuk peserta,” katanya.

Katanya, syarat yang dikenakan ini adalah sebagai persediaan penting bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada peserta GP Joran kategori laut sepanjang seharian beradu tenaga di atas bot. “Kita tidak mahu peserta merasa terkilan tanpa pelbagai persediaan yang baik dan berhasrat agar pertandingan kali ini dapat menjaga nama baik penganjur termasuk persatuan nelayan itu sendiri,” katanya.

Mohamad berkata, pihaknya mengalukan peserta yang kali ketiga menyaksikan Dungun dipilih sebagai gelanggang pusingan Grand Slam. “Ini adalah kali ketiga penganjuran pusingan Akhir Grand Slam GP Joran di daerah ini, sambil berharap penganjuran pada kali ini lebih meriah dengan kehadiran peserta yang ramai,” katanya.

Pusingan akhir ini menjadi penentu kalangan 34 pemancing (22 kategori Pantai dan 12 kategori laut) yang bakal membawa pulang dua buah kereta pelbagai guna (MPV) PERODUA Alza. Hadiah itu tidak termasuk wang tunai keseluruhan RM82,000 menanti pemenang pusingan Akhir Karnival Memancing Grand Slam (GS) GP berkenaan.

Manakala Juara Kategori Laut dan Pantai pusingan akhir masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM20,000; kedua RM10,000 dan keempat RM4,000 bersama hadiah iringan penaja. Kategori Laut di tempat ke-4 (RM1,000); ke-5 (RM500); ke- 6 hingga ke-15 (RM300); ke-16 hingga ke-30 (RM200). Kategori Pantai di tempat ke-5 (RM400); ke-6 hingga ke-30 (RM200). Dua kategori masing-masing tempat ke-30 hingga ke-40 akan membawa pulang hamper.

Penganjur turut menyediakan sebuah motosikal untuk cabutan bertuah yang memerlukan peserta serta pengunjung menghantar keratan borang rasmi di meja urus setia ketika melakukan pendaftaran. Yuran penyertaan Kategori Laut RM200 dan Pantai RM100 dan tarikh tutup penyertaan Kategori Laut pada 26 September (Isnin) manakala Kategori Pantai sehingga hari pertandingan.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers