background img

Ramadhan Kareem

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a, Nabi SAW bersabda (yang bermaksud) : "Sesiapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu."

Dalam hadith yang lain, siapa yang berpeluang dia diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga. Sahabat bertanya “siapakah orang itu?. Jawab Nabi “‘orang yang beri makan orang berpuasa”. Allah ampun dosa orang yang beri makan orang berpuasa. Seteguk susu atau sebiji buah kurma pun sudah cukup untuk dapat kelebihan.

Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”Berkata sahabat : Bagaimana jika kami tidak dapat memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasulullah ? Nabi bersabda : “ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air".

Islam Itu Rahmat 
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Muttafaqun alaih)

Hadis Nabi saw bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan sementara piring sudah di tangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya.” (Riwayat Al-Hakim)

Ahli fiqh berhujah untuk kita habiskan makanan yang sudah di tangan... maksudnya, sedang kita meneguk air, kemudian azan, maka kita terus habiskan air tersebut tanpa henti. Begitu juga makanan di dalam mulut ketika terdengar azan subuh.

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan Al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

"SELAMAT BERPUASA..."


USTAZ AHMAD FIRDAUS ISMAIL
Pegawai Hal Ehwal Islam
UiTM Terengganu

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers