background img

Puasa Ramadhan & Kelebihannya

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah, sekarang kita telah masuk pada hari ke 18 Ramadhan 1432H hari dan peringkat keampunan dari Allah Ta'ala, mudah-mudahan kita semua dapat menjalani amalan-amalan ibadah dengan lebih mantap lagi, di sini ingin saya nak kongsikan sedikit maklumat yang dipetik dari halaman blog Ustaz Sham Dungun Terengganu. Puasa di bulan Ramadhan tidak boleh ditetapkan begitu sahaja bahkan ia wajib diketahui melalui melihat anak bulan atau telah cukup 30 hari bulan sya'aban.

Sabda Rasulullah:

لا تقدموا رمضان بيوم أو يومين صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته فإن غم عليكم فإكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما

Yang bermaksud : Jangan kamu mendahului puasa dan berbuka puasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan ramadhan dengan cara melihat anak bulan, jika tidak kelihatan maka hitunglah sehingga cukup 30 hari dalam bulan sya'aban.

Dan ketahuilah bahawa kefardhuan puasa di bulan Ramadhan telah difardhukan pada tahun kelapan hijrah, dan Rasulullah sallallahualaihiwasallam telah berpuasa bulan Ramadhan sebanyak 9 tahun dan wafat selepasnya. Dan kewajipan berpuasa dikira sebagai satu kewajipan di atas semua orang Islam sama ada alim ataupun jahil, maka barangsiapa yang mengingkari akan kewajipannya maka dia
adalah kafir.

Adapun sesiapa yang tidak berpuasa tanpa uzur yang dibenarkan dan dia masih lagi beriktiqad akan kewajipannya maka tidaklah dikira kafir, tetapi disebut sebagai orang Islam yang maksiat dan tergolong dari kalangan orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar., dan mengikut keadilannya Allah berhak mengazab mereka dengan azab yang amat pedih pada hari kiamat.

Ibadah puasa sama juga dengan ibdah-ibadah yang lain, yang wajib menyempurnakan syarat, wajib, fardhu, perkara-perkara yang membatalkan puasa.Maka tidak dapat tidak mengetahui dan memeliharanya adalah satu kemestian.

Syarat-syarat Wajib: Adapun syarat-syarat wajip puasa iaitu satu kewajipan di atas setiap orang Islam yang baligh, beraqal, mampu berpuasa. Maka tidak sah puasa orang kafir dan juga murtad (Murtad iaitu mereka yang dahulunya Islam kemudian mereka keluar dari Islam dan mereka adalah kufur) Dan tidak sah puasa mereka yang datang haidh dan nifas dan jika mereka berpuasa juga dalam keadaan masih ada darah maka maksiat keatas mereka dan tidak sah serta menqhodakkan akan keduanya.(haidh atau nifas)

Dan tidak wajib berpuasa keatas kanak-kanak yang belum baligh, akan tetapi wajib keatas penjaganya menyuruh mereka berpuasa jika telah cukup umur kanak-kanak tersebut 7 tahun serta berupaya berpuasa, dan memukul kanak-kanak yang telah berumur 10 tahun jika dia tidak berpuasa dalam keadaan dia mampu, dan tidak wajib keatas mereka mengqhodokkannya jika ia tidak berpuasa.

Dan tidak wajib keatas orang gila berpuasa dan qodho, dan tidak wajib keatas orang sakit ( iaitu sakit yang akan merosakkan puasa tersebut ), dan juga orang yang bermusafir jauh akan tetapi keduanya wajib diqhodok. Dan jika dia berpuasa juga maka tetap sah akan tetapi jika menjadikan mudharat maka hukumnya haram keduanya.

Fardhu puasa: Fardhu puasa ada 2: Niat dan menahan diri.

Maka adalah niat itu tempatnya didalam hati dan wajib menetapkan berlakunya niat tersebut pada waktu malam sebelum terbit fajar setiap hari pada bulan Ramadhan.

Walau seseorang itu berniat selepas matahari terbenam ( waktu maghrib ) sebelum datang keesokan harinya maka sah puasanya dengan niat tersebut.dan bukanlah menjadi syarat seseorang itu berulang-ulan niat selepas makan. Dan turut wajib menetapkan niat berpuasa bulan ramadhan.dan inilah pegangan mazhab Syafie'. Dan yang terbaik adalah seumpama berkata didalam hati :

نويت صوم غد عن أداء فرض رمضان هذه السنة إيمانا واحتسابا لله تعا لى

Sahaja Aku berpuasa pada keesokan hari bagi menunaikan kefardhuan Ramadhan pada tahun ini beserta keimanan dan meminta balasan kebaikkan kerana Allah ta'ala.

Dan dibolehkan disisi mazhab Imam Malik seseorang yang berniat dengan sebulan penuh dengan syarat tidak dapat tidak mestilah berniat pada malam awal Ramadhan. Seumpama niatnya : Sahaja aku berpuasa 30 hari dari bulan Ramadhan pada tahun ini. Kerana Allah ta'ala.

Menahan diri : Iaitu menahan diri dari makan, minum, memasukkan sesuatu benda dari bahagian kepala dan perut dan sebagainya dari tempat yang terbuka seperti mulut, hidung, qubul dan dubur. Adapun sesiapa yang makan dan minum dalam keadaan terlupa walaupun banyak sekalipun tidak rosak akan puasanya walaupun juga ianya puasa sunnat.

Sabda Rasulullah:

من نسي وهو صا ئم فأكل أو شرب فليتم صومه فإنما أطعمه الله وسقاه

Yang bermaksud: Sesiapa yang lupa dan dia dalam keadaan berpuasa maka dia makan atau minum maka sempurnakanlah puasanya kerana Allah telah memberikan makan dan minum kepada mereka.( Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary )

Dan wajib mereka menahan diri dari muntah iaitu contohnya memuntahkan dengan mengunakan tangan dan selainnya. Dan jika muntah tersebut keluar dengan sendirinya maka tidak terbatal puasa tetapi mesti membersihkan saki baki muntah yang berada didalam mulut dan diluar mulut.

Begitu juga wajib seseorang menahan diri dari jimak dan mengeluarkan mani dengan sendiri atau selainnya., adapun jika keluarnya mani dengan sendirinya seumpama berkhayal atau melihat perkara yang mendatangkan syahwat sehingga keluar air mani atau semasa tidur disiang hari tanpa datang padanya syahwat maka ianya tidak membatalkan puasa.

Begitu juga wajib menahan diri dari kekufuran dan tetap dalam Islam pada Ramadhan dan selainnya kerana kufur itu adalah sebesar-besar dosa dan kekufuran tersebut menghapuskan pahala amalan, maka hendaklah berterusan dengan keimanan bagi mereka yang berpuasa syarat bagi sah puasa keran kufur itu membatalkan puasa.

Kufur terbahagi kepada 3: Kufur iktiqadi, seperti beriktiqad sesungguhnya Allah itu jisim atau Allah berada ditempat atau Allah duduk diatas langit atau arasy atau menyamakan Allah dengan sifat-sifat makhluk. Kufur perbuatan, seperti melempar mushaf ditempat yang kotor.Kufur perkataan, seperti menghina Allah atau mana-mana Nabi Allah atau mana-mana malaikat, menghina kefardhuan solat atau puasa atau hukum-hukum agama.

Dan diantara perkara yang lain membatalkan puasa iaitu makan walaupun sebiji nasi atau meminum setitis air atau ubat. Begitu juga memasukkan sesuatu kedalam hidung atau mulut atau qubul atau dubur.Adapun jarum yang dimasukkan dikulit maka ianya tidak membatalkan puasa. Dan rosak puasa tersebut bagi mereka yang hilang aqal sepanjang hari dari waktu pagi sehingga petang dan begitu juga bagi mereka yang datang gila walau sekejap.

Begitu juga bagi perempuan yang datang haidh atau nifas pada siang hari walaupun sebelum matahari terbenam. Semoga puasa kita diterima oleh Allah dengan bertunjangkan dengan aqidah yang sebenar iaitu aqidah ahlus sunnah waljamaah diantaranya beriktiqad "Allah tidak menyerupai makhluk sama sekali..

Wallahua'lam...

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers