background img

Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah bukan dicipta dari manusia).

Hari ini 9 Ramadhan 1432H, di hari dan bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama berkongsi tips-tips bagaimana cara yang mudah untuk mencari dan menghafal muka surat setiap juzuk di dalam Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran. Mari kita cuba, Jom sama-sama kita belajar...


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan... sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik beradik kita, keluarga kita supaya kita sama-sama mendapat pahala. Harap dipanjangkan info ini, moga dipanjangkan pahala bagi yang menulisnya.


Dipetik dari... 
Dr. Muhammad Azhar Zailaini
YDP IKRAM Hulu Selangor

Koordinator Program Pendidikan Islam,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. 

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers