Siakap Teluk Gadong

August 13, 2014 by
Siakap Putih hampir 2kg yang berjaya dipancing dengan kaedah pancingan casting oleh saudara Izzat di lokasi pantai dan sungai Teluk Gadong di Sura Hujung yang berhampiran dengan UiTM Kampus Dungun Terengganu. Sejauh 9km dari bandar Dungun 'Sura Gate' untuk sampai ke sini tempat yang cantik dan menarik yang selalu dikunjungi ramai terutamanya pelajar-pelajar dari UiTM dan Politeknik Dungun untuk beriadah, berkelah dan memancing di sini.

Selain sungai dan pantai yang indah di sini terdapat juga bukit yang cantik yang mana suatu ketika dahulu adanya tangga pada bukit tersebut serta jambatan panjang yang melintangi sungai Teluk Gadong ini. Jika kita sampai ke atas bukit ini, semestinya
pemandangan yang indah dapat dilihat di puncak bukit tersebut.

Setiap akhir tahun pantai di sini sering dilanda musim tengkujuh menyebabkan tangga dan jambatan tersebut runtuh dan sekarang bukit serta sungai di sini dilihat tanpa tangga dan jambatan. Walaupun tangga dan jambatan tersebut sudah tiada lagi ianya digantikan dengan kemudahan-kemudahan seperti surau, wakaf-wakaf, tempat perkelahan dan tempat permainan kanak-kanak yang cantik sekaligus menambahkan keindahan landskap di sekitar kawasan ini.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog