background img

Layaran/Billfish

Nama saintifiknya Istiophorus merupakan spesies yang memiliki sirip layar tegak seakan-akan dengan layar kapal kerana itulah ia dipanggil Layaran. Selain daripada itu ianya juga mempunyai muncung panjang dan tajam yang hampir menyerupai ikan Todak serta berwarna hitam putih kelabu kebiruan. Spesies ini juga mempunyai daya kuasa pecutan yang tinggi sehingga dapat berenang dengan kelajuan mencapai 110 KM/J.

Ketika berenang sirip layarnya akan terlipat dan berdiri tegak apabila spesies ini merasakan dirinya terancam atau sedang bersemangat sehinggakan ianya menjadi lebih besar daripada ukuran sebenar dan spesies ini banyak terdapat di perairan Laut China Selatan terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Seberat hampir 25kg ikan Layaran dalam gambar ini yang berjaya didaratkan oleh brother Azman di lokasi perairan laut Mengabang Telipot berumpankan anak ikan kerisi hidup dengan teknik kegemaran beliau iaitu drifting(umpan hanyut).

Mengabang Telipot(MT) terletak di tepi pantai, menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. Oleh itu Pantai Mengabang Telipot adalah lokasi terbaik yang tidak asing lagi untuk memancing sama ada di persisir pantai atau di laut, merupakan tempat yang terletak di utara dari bandar Kuala Terengganu dalam daerah Kuala Terengganu antara lokasi yang berdekatan ialah Kg. Pak Tuyu, Batu Rakit, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail. Kebanyakkan aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan.

Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengunjung dari luar untuk berkunjung ke sini serta juga terkenal dengan kedai makanan laut yang bercelup tepung. Selain itu lokasi ini juga terkenal dengan kawasan perairan laut yang memiliki banyak tukun-tukun dan sekaligus ia menjadi lubuk dan kawasan tumpuan ikan yang amat popular. Antara spesies ikan besar yang amat popular ialah Layaran, Tenggiri, Talang, Kerapu, Haruan Tasik, Pari dan lain-lain lagi, di sebabkan itu jugalah kawasan ini sering dijadikan tempat pertandingan memancing.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers