Hebat sungguh dengan nama Bukit Belah ini, kerana lokasi ini telah menjadi pusat kaki-kaki pancing untuk memancing siakap merah, siakap putih, kerapu, bulus, gelama, pari, kuku, repuh, jenahak, senangin, kurau, kaci dan sebagainya. Lokasi ini jelas kelihatan apabila kita berada di sekitar Bandar dan Pasar Besar Kuala Dungun, serta juga ianya menjadi sebuah tempat perlabuhan dan pengkalan-pengkalan bot nelayan terutamanya.
Info: Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang. Harga pasaran ikan kerapu terkini ialah RM60 - RM70/Kg. Dulu ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik. Kerapu antara ikan yang agak mahal dan amat digemari pada masa sekarang ini kerana isinya yang enak serta boleh dipelbagaikan cara masakannya. Untuk menghasilkan masakan enak, ikan ini perlu terlebih dahulu disapu dengan minyak bijan, sedikit telur, serbuk cili dan tepung ubi di bahagian perut serta seluruh badannya sebelum dimasak atau digoreng.


0 comments:
Post a Comment