Ikan yu paus terdampar di pantai Jawa

Sunday, August 5, 2012 ·

DUA penduduk memeriksa ikan yu paus yang mati di pantai Pandan Simo Baru

BANTUL, Indonesia - Seekor ikan yu paus yang terdampar kelmarin di pantai Pandan Simo Baru, Yogyakarta akhirnya mati, lapor akhbar Jakarta Post semalam. Ikan sepanjang 13 meter itu mati selepas satu pasukan penyelamat yang terdiri daripada nelayan tempatan gagal untuk menariknya ke laut. Pada minggu lalu, seekor ikan paus sperma turut terdampar di laluan cetek di pantai Pakis Jaya, Karawang, Jawa Barat. Namun, ikan sepanjang 11 meter itu juga mati selepas sehari ia ditarik dengan beberapa buah bot ke
kawasan laut dalam. "Ia masih hidup semasa kami menemuinya pada pukul 6 petang kelmarin," kata seorang nelayan, Gambos.

Menurut seorang anggota penyelamat, ikan tersebut mati kerana kelemasan selepas ia cuba untuk kembali ke laut. Dia berkata, anggota-anggota pasukan penyelamat cuba untuk memindahkan ikan tersebut kembali ke laut dengan menggunakan sebuah bot. Namun, katanya, bot tersebut terlalu kecil untuk menarik ikan seberat empat tan itu. "Selain saiz yang besar, ikan itu masih muda. Panjangnya mungkin mencecah 20 meter (dalam tempoh beberapa tahun)," katanya. Menurut Bandis yang merupakan seorang penyelaras pertubuhan Rakan-Rakan Haiwan Yogyakarta, ikan tersebut mendekati pantai kerana ia mencari makanan.

Ikan itu makan ikan-ikan dan sotong kecil, plankton, kerang-kerangan kecil dan alga.
Bandis berkata, ikan tersebut berhijrah dari perairan Australia dan melalui perairan Indonesia," kata Bandis. Beliau menjelaskan, ikan itu berpisah daripada kumpulannya. Menurutnya, beliau telah melihat tujuh ekor ikan yu paus yang mendekati kawasan pantai. "Namun, ikan-ikan tersebut boleh mencari arah ke laut dalam," tambahnya. Bandis menyatakan pihaknya telah berunding dengan penduduk tempatan tentang cara untuk menanam bangkai ikan tersebut. Bangkai ikan itu menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan yang mahu melihat haiwan tersebut. "Bukannya setiap hari kami melihat ikan gergasi itu," kata seorang penduduk tempatan Santoso. - Agensi
malaysiaria

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets