Tukar absorber Myvi
-
Time aku ganti tayar baru2 nih tuh, memang pomen tuh ada cakap yg absober
belakang myB aku nih dah rosak.. Time kat kedai tuh aku tanya jugak berapa
kos na...
9 years ago
Hebat sungguh dengan nama Bukit Belah ini, kerana lokasi ini telah menjadi pusat kaki-kaki pancing untuk memancing siakap merah, siakap putih, kerapu, bulus, gelama, pari, kuku, repuh, jenahak, senangin, kurau, kaci dan sebagainya. Lokasi ini jelas kelihatan apabila kita berada di sekitar Bandar dan Pasar Besar Kuala Dungun, serta juga ianya menjadi sebuah tempat perlabuhan dan pengkalan-pengkalan bot nelayan terutamanya.
Info: Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang. Harga pasaran ikan kerapu terkini ialah RM60 - RM70/Kg. Dulu ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik.
Semalam, ikan bulus yang dapat dipancing oleh Bro Amer di lokasi Bukit Belah dungun Terengganu, jika masih ada lagi ikan bulus pada masa sekarang ini, menandakan juga ikan gelama masih lagi ada dan bermain di pantai-pantai dan sungai pantai timur.
Antara kekeliruan tentang Al-Qur’an oleh umat Islam adalah mereka hanya mengambilnya sebagai bahan bacaan semata-mata tanpa difahami dan diamalkan isi kandungannya. Walhal yang dituntut oleh Allah adalah penerapan atas apa yang dibaca. Al-Quran bukan kitab untuk mendapat ilmu pengetahuan semata, tetapi jauh lebih dari itu, ia mengandungi hukum-hakam yang wajib diamalkan oleh manusia. Al-Qur’an adalah Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai petunjuk untuk umat manusia. Soal iman, ketauhidan kepada Allah banyak dinukilkan didalamnya sebagai pandian agar umat manusia tidak mempersekutukannya dalam apa jua keadaan. Copyright 2013 Siakappaka