Patin Raksasa 51Kg

November 07, 2012 by
Isnin, November 05, 2012: Nelayan Kutai Barat Menangkap Ikan Patin Raksasa Dengan Berat 51 Kg di Teluk Noan, Muara Pahu Kutai Barat.

Ikan tersebut sedang timbul di permukaan kerana pening dipercayai akibat ada orang yang tidak dikenali menuba sungai tersebut.

“Banyak ikan yang mabuk akibat terkena tuba lalu tenggelam timbul dipermukaan sungai," kata Innal Rahman, seorang pemancing dari Kukar yang sering memancing di
sungai itu.

Ikan tersebut masih mepunyai tenaga untuk melawan dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk berjaya membawanya ke pinggir sungai.

Ikan yang ditangkap itu , memecahkan rekor hasil tangkapan ikan patin di indonesia. Sebelumnya ada nelayan dari palembang yang berhasil menangkap ikan patin di sungai musi seberat 43 kg dan panjang 1.3 meter pada 16 desember 2010 silam.

Catatan Oleh alhusseyn

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog