Gelama Terakhir

November 26, 2012 by

Assalamu'alaikum... Jam 8.40pm kami(Amer, Pak Ripin & Hazamin) turun lagi memancing gelama semalam, kali ini di kawasan pantai teluk lipat di benteng taman selera Dungun, tambahan pula cuaca yang agak baik dan air laut berkeadaan pasang penuh sehinggakan ramai pemancing-pemancing lain turut serta turun menghuni di kawasan ini sehingga sesak sampai ke pantai
Kuala Dungun.

Alhamdulillah... rezeki gelama yang berlimpah ruah kami perolehi semalam sehingga tak terkira bilangannya membuatkan kami tidak berganjak sehingga ke pukul 3.00am, antara ikan gelama yang kami perolehi ialah gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama. Gambar menunjukkan antara gelama-gelama terbesar yang diperolehi semalam, lihatlah saiznya agak menarik juga, saiz sebesar selipar yang bersaiz sembilan dan mungkin inilah gelama-gelama terakhir sebelum tibanya musim tengkujuh tidak lama lagi.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog