Malam Nisfu Sya’ban
Bulan Sya’ban bakal menjelma dan akan disusuli pula dengan bulan Ramadhon yang mulia. Maka amat beruntunglah mereka yang memperbanyakkan amal ibadah, beruntunglah mereka yang bertaqwa kepada Allah dan menyahut kedatangan hari akhirat dengan semangat yang tinggi. Setiap amalan yang dikerjakan hamba dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah maka baginya atas setiap amalan kebaikan yang dilakukan mendapat sepuluh pahala, ini adalah sekurang-kurang pahala yang bakal dia perolehi, kemudian Allah Ta’ala akan gandakan pahala kepada siapa yang dia kehendaki sehingga 700 kali ganda dan kemungkinan ditambah lagi dengan berlipat kali ganda, kadang-kadang ditulis satu amalan kebaikan dengan seratus ribu dan kadang-kadang lebih dari itu lagi. Allah Ta’ala berfirman dlm Surah Al-Qosos ayat 77 yang maksudnya: “dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi”. Iaitu jangan kamu lupakan bahagianmu di akhirat dari kehidupan dunia.
Siapa-siapa yang membuat bekalan untuk akhiratnya di dunia ini maka dia orang yang memiliki bekalan dan siapa yang tidak menyediakan bekalan maka dia orang tidak ada bekalan di akhirat. Allah Ta'ala berfirman maksudnya “akhirat itu yang lebih baik lagi kekal” ( Sural Al-A’la:17 ). Iaitu syurga adalah tempat yang paling afdal dan kekal daripada kehidupan dunia. Maka sambutlah malam Nisfu Sya’ban dengan melakukan ketaatan kepada Allah. Malam Nisfu Sya’ban adalah malam penuh keberkatan. Kebanyakan manusia pada malam itu mengerjakan sembahyang malam,berpuasa pada siangnya dan bertakwa kepada Allah Taala.
Hendaklah seseorang itu pada malam tersebut sebagaimana malam-malam yang lain juga mengingati bahawa kematian tetap mendatanginya dan tidak dapat dielakkan lagi. Lihatlah betapa agungnya kalimah yang dilontarkan oleh malaikat rahmah kepada orang-orang yang bertaqwa ketika menghadapi sakaratulmaut. Dia mengatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “ Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat. Didalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh pula dimalamnya apa yang kamu minta” ( Surah Fussilat:31 ).
Di sini dijelaskan bahawa malam Nisfu Sya’ban bukanlah malam yang dimaksudkan dalam firman Allah : فيها يفرق كل أمر حكيم maksudnya: “ Pada malam itu dijelaskan segala urusan penuh hikmah” (Surah Al-Dukhan:4). Walaupun sudah tersebar dikalangan orang awam bahawa malam tersebut malam Nisfu Sya’bab tetapi ianya tidak benar. Yang sebenarnya malam itu adalah malam Lailatul Qadar. Maksud ayat tadi ialah: Allah Taala memperlihatkan kepada para malaikat pada malam Lailatul Qadar perincian apa yang bakal berlaku pada sepanjang tahun tersebut sehingga tahun yang akan datang iaitu perkara berkaitan kematian, kehidupan, kelahiran, rezeki dan seumpamanya lagi.
[Doa yang menyalahi aqidah]
Perkara yang perlu diambil perhatian iaitu tentang doa yang sebahagian manusiabiasa bacakannya pada malam Nisfu Sya’ban iaitu:
اللهم إن كنت كتبتني عندك في أم الكتاب محروما أو مطرودا أو مقترا عليّ في الرزقي فامح اللهم بفضلك شقاوتي وحرماني وطردي وإقتار رزقي
Erti doa tersebut adalah “Ya Allah jika Engkau tuliskan tentangku disisi Mu pada Ummul Kitab (Lauhul Mahfuz) perkara yang dilarang dan atau perkara yang salah atau kesempitan rezeki kepada ku maka dengan kelebihanmu Ya Allah…!! Engkau padamkanlah kecelakaan itu semua”.
Doa ini tidak teguh pengriwayatannya dan tidak harus kita beriktikad bahawa Allah Taala itu mengubah ketentuannya. Siapa yang beriktikad bahawa Allah Taala mengubah ketentuannya dengan doa si pendoa maka akan rosaklah akidahnya. Sesungguhnya ketentuan Allah Taala itu azali lagi kekal abadi, tidak akan menimpa ke atasnya perubahan dan pemindahan sebagaimana sifat-sifatnya juga. Maka tidak akan berubah kehendak Allah Taala dengan doa si pendoa atau sedekah orang yang bersedekah atau nazar orang yang bernazar.
Adapun firman Allah Taala yang bermaksud "Allah menghapuskan apa yang dia kehendaki dan menetapakan apa yang dia kehendaki, dan disisinya lah terdapata Ummul Kitab( Lauhul Mahfuz )". Maka maknanya Allah Taala menghapuskan apa yang dia kehendaki daripada Al-Quran dan mengangkat hukumnya dan menasakhkannya
( menggugurkannya) -[sudah maklum bahawa nasakh itu berlaku melalui wahyu tuhan kepada nabinya] , dan dia menetapkan apa yang dia kehendaki tanpa menasakhkannnya. Bukanlah yang dikehendaki dengan ayat tersebut bahawa Allah Taala mengubah ketentuannya dengan sebab doa, sedekah, nazar dan lain-lain. Benarlah kata-kata orang yang mengatakan: سبحان الذي يغير ولا يتغير maknanya “maha suci zat yang mengubah dan tidak berubah”.
Kalaulah Allah mengubah ketentuannya dengan doa si pendoa maka dia akan mengubah untuk Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, telah datang dalam hadis bahawa Nabi Muhammad telah bersabda yang maksudnya: “Aku memohon kepada Tuhanku empat perkara maka diperkenankan tiga darinya dan satu lagi tidak diperkenankan. Aku memohon agar umatku tidak dikafirkan secara keseluruhan maka diperkenankannya dan aku memohon agar tidak dihancurkan mereka dengan cara hancurnya umat terdahulu maka diperkenankannya dan aku memohon agar tidak tercetus ke atas mereka permusuhan dari selain mereka lalu menguasai mereka maka diperkenankannya. Dan aku memohon agar tidak berlaku permusuhan di antara sesama mereka maka tidak diperkenankannya. Dalam riwayat lain:
“ Allah Taala mengatakan kepadanya wahai Muhammad sesungguhnya apabila aku telah menetapkan satu ketetapan maka ianya tidak boleh ditarik balik”.
Dari sini perlulah diambil perhatian, siapa yang hendak berdoa perlu ada ilmu, hendak berzikir mesti ada ilmu, hendak sembahyang fardhu mahupun sunat mesti ada ilmu, hendak berpuasa mesti ada ilmu. Menjadi satu kewajipan kita memiliki ilmu agama kerana ilmu agama itu adalah kehidupan islam.

0 comments:
Post a Comment