Assalamu'alaikum semua, 18 Jun 2011, trip kali ini "candat Sotong" di perairan laut Marang Terengganu, kami mula bertolak pada pukul hampir 6.40pm di Jeti Kuala Marang, Marang, Terengganu. Boleh dikatakan pada hari ini berpuluh-puluh bot keluar kelaut untuk pergi mencandat sotong.
Hampir pukul 7.10pm kami telah tiba ke lokasi pertama lubuk sotong, tak sampai 12 minit, kami telah berjaya menaikkan beberapa ekor sotong mengabang yang boleh dikatakan
bersaiz agak besar.
Kemudian kami meneruskan trip kami ke lubuk demi lubuk, tetapi malangnya keadaan tidak mengizinkan seperti mana yang telah diketahui semua pada hari ini lah lebih kurang dalam jam 9.00pm di mana seluruh Kuala Terengganu dan Marang di landa Ribut barat yang begitu kuat, dan memaksa kami terus bergegas pulang ke darat, bukan kami sahaja yang pulang, semua bot-bot yang keluar pada petang tadi terpaksa pulang juga ke darat, dan dalam perjalanan pulang inilah kami berdepan dengan ribut tersebut, hampir terbalik bot yang kami naiki.
Alhamdulillah, syukur... akhirnya kami selamat sampai juga semula di Jeti Kuala Marang. Disertakan info dan video mengenai ribut yang melanda di daerah Kuala Terengganu dan Marang yang di petik dari melayukini dan kosmo...... Pak Ripin Siakappaka
Info 1 (http://melayukini.net/): Berita bencana tempatan di TV3 malam tadi amat sedih aku rasakan. Kasihan bandaraya Kuala Terengganu. Kepada yang tidak tahu, pada waktu malam 18 Jun 2011, hujan lebat dan ribut petir telah melanda Kuala Terengganu. Sekejap je pun, tak lama, lebih kurang 30 minit. Tapi cukup untuk meranapkan rumah-rumah, bangunan dan pokok-pokok. Walaupun tidak la seteruk ribut taufan di Amerika atau Ribut Agatha yang dapat mempadang jarak, padang tekurkan sesebuah bandar, tapi bencana ribut di Kuala Terengganu ini cukup memberi kesan kepada penduduk setempat. Berikut merupakan video dan gambar ribut Kuala Terengganu yang telah sempat diupload di Youtube oleh seorang penduduk Kuala Terengganu. P/S: Jangan sangka kita duduk di iklim Khatulistiwa yang stabil ini tidak akan diuji oleh Allah dengan malapetaka-malapetaka dasyat seperti mana yang berlaku di luar negara, bersiap sedialah. Jauhi diri dari kemaksiatan yang bakal mendatangkan azab Allah SWT.
Info 2 (http://www.kosmo.com.my/): KUALA TERENGGANU – Hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi.Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan.
Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan. “Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini.
Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan. Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama

2 comments:
Pernah sekali 2007 memancing di Marang, K /Terengganu. Saya mabuk laut, tetapi kawasan pulau kapas memang banyak ikan kerisi, manakala berhampiran pantai pula banyak ikan karang dan yang paling menarik dapat melihat clownfish dan kerang raksasa.
Kalau saya ke sana boleh contact Min.
Aaa bagus kalu En. Khairul ada trip memancing di Marang ni, bolehlah ajak sy skali erk hihi
Post a Comment