background img

Memburu Siakap Merah

Assalamu'alaikum... 12 Nov 2010 Jumaat: Seramai 5 orang yang turut sertai dalam trip memburu Siakap Merah ikan gred A pilihan kami yang kami nanti-nantikan. Jam 5.30pm lokasi pertama kami ialah di Sungai Perlabuhan Kerteh, Kemaman Terengganu.

Pada mulanya sasaran lokasi kami ialah di Sungai Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu, di sebabkan air sungainya surut serta keruh yang amat dan dijangkakan akan pasang pada waktu malam, jadi kami terpaksa berpindah dahulu ke kawasan ini.

Jam 6.10pm tangkapan pertama ialah si ikan Pari Lalat seberat 900g yang berjaya dipancing oleh Bro Hadi AlhamduliLLAH tahniah diucapkan, semestinya pari lalat ini akan dijadikan juadah lauk kari yang istimewa buat seisi keluarga Bro Hadi.

Jam 8.50pm kami difahamkan Sungai Tebing Tembah Paka mulai pasang dan air sungainya pun mulai jernih, dalam masa yang sama umpan kami pun dah habis, alang-alang keluar mencari umpan teruslah kami menuju ke Sungai Tebing Tembah tersebut untuk menjejaki si ikan pilihan kami Siakap Merah.

Wal hasilnya jam 10.30pm Siakap Merah pertama yang berjaya didaratkan oleh Bro Fairus seberat 300g, manakala jam hampir 11.30pm Siakap Merah kedua seberat 800g pula berjaya dipancing oleh Bro Min dan yang terakhir jam 12.15am Siakap Merah seberat 1kg berjaya pula dipancing oleh Pak Ripin.

Dalam situasi memancing di lokasi ini timbul perkara yang tidak dapat dilupakan kami di mana saat-saat terakhir sebelum pulang Bro Fairus hampir berjaya mendaratkan Siakap Merah yang seberat hampir 4kg dianggarkan, hampir patah joran Bro Fairus dibuatnya, kecewa Bro Fairus bukan dia sahaja aku juga turut kecewa begitu juga dengan yang lain-lain tetapi apakan daya dah tak ada rezeki nak buat macam mana hihi tali ibu pancing Bro Fairus terputus semasa bergelut dengan Siakap Merah tersebut.

Walau apa pun AlhamduliLLAH diucapkan dengan hasil tangkapan ikan masing-masing, dah menjadi adat para pemancing dalam mencari ikan-ikan bersaiz besar perlulah menunggu lama dan bersabar banyak-banyak, bagus juga ada aktiviti memancing ini boleh lah melatih diri membentuk sifat penyabar daripada duk melepak-lepak, hisap dadah baik memancing, betul tak? yang penting dapat memancing itu dah cukup puas bagi kami kalu ada rezeki adalah jawabnya kalu tak ada nak buat macam mana kan berserah jer lah...

Seperti mana yang telah aku beritahu sebelum ini, memancing Siakap Merah di sungai lebih mencabar jika dibandingkan memancing ikan-ikan lain di pantai kerana tempatnya penuh berbatu dan sering kali tali pancing terputus akibat geseran pada celah-celah batu.

Kepada pemancing-pemancing di luar sana, jom memancing Siakap Merah, kami cabar anda, jika anda berjaya menaikkan Siakap Merah seberat 500g sahaja kami give respect anda kerana Siakap Merah adalah sejenis ikan yang sangat agresif, ganas dan gemar menyelam masuk ke celah-celah batu apabila terkena pancing.

4 comments:

Anonymous said...

waduhhhh.... merah menyala si ungah ni... ajib sabah

Anonymous said...

Sy baru ja boleh siakap merah 2.5 kilo..memang ganas ikan ni..

Admin said...

Aaa.. baru tau ikan ni ganas... apa pn tahniah tuan..

mieduck said...

Salam bos, pakai umpan apa yer?

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers