background img

Ebek

Berat: 5kg
Lokasi: Perairan laut Paka.
Teknik: Drifting.
Umpan:  Udang hidup.
Pemancing: Ayah Teh Dungun.

Perairan Paka memang terkenal dengan hasil tangkapan ikan Ebek ini spesies gilaan kaki pancing kerana mempunyai isi yang lazat, umpan terbaiknya adalah udang hidup. Apa yang saya tahu kebiasaannya spesies ini akan makan umpan dgn perlahan-lahan jadi tak perlulah kita sentap joran terlalu awal, tunggu ia melarikan umpan terlebih dahulu, barulah kita memulakan aksi perlawanan.

Bagi kekuatan perambut pula antara 30 atau 40lbs haruslah dalam kondisi yang baik kerana spesies ini datang dalam kelompok yang banyak dan kalau boleh guna diameternya halus supaya ikan tidak culas, jika waktu malam pula guna perambut yang kekuatannya 50 atau 60lbs kerana spesies ini selalunya lebih besar jika dibandingkan di
siang hari.

Ku sertakan info mengenai spesies ini, Ebek atau nama komersial Diamond Trevally jenis pemangsa adalah spesies penghijrah yang boleh didapati di Asia iaitu Pantai Timur negara ini, Indonesia, Jepun, Australia dan China mulai pantai hingga ketengah laut sekitar bulan April hingga Oktober dikira waktu terbaik untuk memancing spesies ini yang banyak di perairan Kelantan, Terengganu hingga ke Johor.

Ciri-cirinya mempunyai bentuk badan empat segi memanjang, badan berwarna putih perak serta kuning jernih dan berbintik kelabu di bahagian ekor badan, sirip dorsal atas, bawah dan tepi memanjang dan mempunyai ekor berbentuk `Y'. Diet makanan spesies ini seperti ikan kecil, sotong, udang, kerang, dan obor-obor yang kebiasaannya banyak di persisiran laut, untuk memancing spesies ini boleh dipancing sekitar laut kedalaman 20m hingga 100m di mana anak ikan bergerak dalam kumpulan manakala ikan dewasa bergerak secara solo dengan menggunakan umpan anak ikan kembung atau udang hidup secara kaedah apollo atau dasar. Ebek boleh juga dipancing menggunakan teknik jigging di sekitar unjam.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers