background img

Sebarau Royal Belum

Ikan: Sebarau... Teknik: Casting... Pemancing: Afendi... Lokasi: Hutan Hujan Royal Belum. Sebarau merupakan spesies pemangsa air tawar yang bersisik di perairan Malaysia. Ia merupakan pemangsa yang agresif dan sangat gemar bermain di kawasan yang berarus. Lincah, cergas dan agresif ketika memburu anak-anak ikan atau udang kecil. Badannya terdapat satu belang hitam, kepalanya seakan-akan kelah tetapi badannya lebih leper dan mempunyai ekor merah berbentuk “V” dan berbingkai hitam.
Hutan Hujan Royal Belum terletak di utara hujung Perak, luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290,000 hektar. Dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah, bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117,500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.

Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diterokai manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder, memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan. Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus. Antaranya adalah seperti spesies meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Terdapat juga spesies tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain seperti Rafflesia yang tumbuh meliar di sini yang merupakan spesies bunga terbesar.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers