Ikan Sumpit

May 16, 2012 by
Ikan sumpit atau ikan pemanah nama saintifiknya Toxotes jaculatrix dikenal luas di Asia Tenggara termasuk Australia dan Pasifik Barat, berwarna kuning di bahagian atas dan di hujung ekornya. Taxotes bererti “pemanah”. Kebanyakkannya dapat dilihat di tepi pantai, muara, paya-paya, hutan bakau dan sungai kerana perairan seperti itu mudah direnangi dan kaya dengan serangga-serangga kecil. Spesis ini sering menyumpit mangsanya(lalat & serangga-serangga kecil) dengan air dari dalam mulutnya untuk dimakan dan adakalanya ia melompat untuk menyambar mangsanya, ikan sumpit dewasa biasanya mencapai 40 sentimeter panjang, dapat membuat sumpitan setinggi 2-3 meter dari permukaan air.

Kebanyakkan spesis ini panjangnya hanya mencapai 25 sentimeter, beratnya 750 gram, bentuk tubuhnya mirip pisau, runcing di depan dan lebar di belakang. Jantan dan betina kelihatan sama, ikan ini sering berburu bersama-sama. Selain itu ia juga gemar memburu dan mengejar anak-anak ikan serta udang kecil di dalam air. Ikan sumpit biasanya bertelur di terumbu karang, satu ekor ikan betina menghasilkan 2000 atau 1500 telur dan hanya beberapa telur sahaja yang mampu bertahan hidup hingga dewasa.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog