Mancing di Pulau Bidong

May 21, 2012 by
20 May 2012: Hadi, Hazamin & Zeman turun memancing di laut berhampiran Pulau Bidong Kuala Terengganu, kami mula bertolak dari Dungun jam 4.45am dan tiba pada pukul 5.55am di pekalan nelayan pantai Mengabang Telipot Kuala Terengganu, kemudian bersarapan pagi dahulu dan mula turun ke
laut jam hampir 6.30am terus menuju ke Pulau Bidong untuk mencari ikan kerapu sebanyak mungkin.

Kami pulang dari laut sekitar jam hampir 2.00pm kerana keadaan cuaca di laut tidak menentu menyebabkan air laut mula bergelombang kuat, dalam trip kali ini hasilnya mengecewakan masing-masing hanya dapat membawa hasil tangkapan untuk keluarga sahaja kerana air laut tidak berarus menyebabkan ikan tidak bergerak aktif dalam mencari makanan.




Kami sering berpindah dari lubuk ke lubuk hasilnya mengecewakan, kemudian kami bergerak menuju menghampiri teman-teman lain yang turut sama memancing wal hasilnya mengecewakan juga. Apa pun kami tetap bersyukur kerana selamat ketika memancing dan ada juga hasilnya sedikit seperti kerapu, kerisi, remon dan sotong untuk bawa pulang ke rumah... Alhamdulillah...

2 comments:

Anonymous said...

kerisi besar tu kalu dpt 20ekor mesti best bt celup tepung___ PG pahang

Anonymous said...

woo kapu baik. bt 3 rs psti best punya la. din besut

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog