Senangin

April 18, 2012 by
Rajah di sebelah menunjukkan ikan senangin yang berjaya dipancing oleh En. Syukri dalam masa air surut, sasaran sebenarnya adalah ikan gelama nak dijadikan rezeki ikan senangin yang dapat dengan berumpankan hirisan udang. Walaupun diketahui umum umpan yang terbaik dalam memancing ikan senangin ini adalah udang hidup, ikan belanak dan sotong, bahkan gewang dan fly juga
dikatakan boleh digunakan jika kena dengan caranya.

Info dari Dr. Barra: Senangin atau nama saintifiknya Eleutheronema tetradactylum dikenali dengan pelbagai panggilan atau jolokan oleh orang tempatan. Sesetengah orang ada memanggilnya sebagai cabuk atau senohong. Kami di Terengganu lebih gemar memanggilnya dengan nama ikan senangin jika ia bersaiz kecil, manakala bagi yang bersaiz besar pula, kami gemar memangginya sebagai ikan kurau. Walaupun diberi pelbagai nama berdasarkan sedikit sebanyak perbezaan rupa paras dan fizikalnya, namun ia masih terdiri daripada satu kumpulan spisis yang sama.

Dari segi fizikal, senangin mudah dikenali kerana warna dan bentuk badannya. Ia mempunyai empat sirip di badannya dengan ekor yang bercabang dan beberapa janggut di bawah kepalanya. Kadangkala kita dapat menemui beberapa spisis senangin yang berlainan warna, tetapi selalunya spisis yang kerap ditemui adalah berwarna putih-keperakan dengan sisik-sisik yang halus di sekeliling tubuhnya. Warna badannya yang putih berkilat semasa ia hidup akan cepat bertukar menjadi gelap apabila ia mati.

Spisis ini hidup berkumpulan dan mendiami kawasan-kawasan perairan yang tenang dan cetek. Misalnya ia menghuni tukun-tukun atau kawasan berbatu berhampiran pantai, teluk atau kuala-kuala sungai yang berpasir dan berair payau. Dari segi tumbesarannya, biasanya ia boleh mencecah berat antara satu hingga empat kilogram. Tetapi kadangkala senangin mampu membesar lebih jauh sehingga mencecah 18 kilogram bergantung kepada keadaan persekitarannya. Senangin boleh dipancing tanpa mengira waktu atau musim. Ikan ini menjadi buruan utama para nelayan kerana permintaan dan harganya yang sangat tinggi.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog