Kuala Dungun

Monday, April 16, 2012 ·

Kuala Dungun sebuah tempat yang berada di daerah Dungun Terengganu berkedudukan di mulut atau muara Sungai Dungun yang hanya beberapa kilometer dari jalan raya ke Kuala Terengganu. Dahulu dikenali sebagai bandar Mi Ing sekitar tahun 1940 dan majoriti penghuni di bandar Kuala Dungun ini
semestinya dari kaum Cina yang aktif dalam aktiviti perniagaan.
Pekan kecil ini juga dihidupkan dengan aktiviti dalam industri perikanan yang diterajui oleh kaum-kaum melayu, terdapat juga Pasar Besar Kuala Dungun yang sekaligus menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk setempat, sehinggakan dipenuhi banyak bot-bot nelayan di setiap sepanjang sungai di pekan kecil ini.

Tanpa Pulau Tenggol yang terkenal dan pulau-pulau yang lain akan menjadikan Kuala Dungun ini sebuah tempat atau kampung yang mati. Kuala Dungun lah merupakan sebuah tempat sebagai pintu keluar masuk utama untuk membawa pelancong ke Pulau Tenggol terutamanya yang mana masa perjalanan kira-kira 1 jam dengan bot laju dari jeti Kuala Dungun, yang sekaligus menyumbang bagi ekonomi pekan nelayan kecil ini.

Selain pusat bandar Sura Gate Dungun, Kuala Dungun ini juga merupakan sebuah pusat bandar yang mana sekarang ini masih lagi terdapat deretan rumah-rumah kedai lama sekaligus menampakkan sejarah bentuk rumah-rumah kedai suatu ketika dahulu. Terdapat juga beberapa tempat di kawasan Kuala Dungun ini yang menjadi sarang kaki-kaki pancing antaranya benteng sungai Kuala Dungun, muara Kuala Dungun, Sungai Pimpin, Bukit Belah, Batu Payung, pantai Teluk Bidara dan pantai Kuala Dungun.

Terbinanya jambatan Kuala Dungun-Seberang Pintasan empat tahun lalu, kampung Seberang Pintasan yang berhadapan dengan Kuala Dungun mengalami perubahan drastik, termasuk pesisir pantai Teluk Bidara, berubah menjadi pantai dikunjungi ramai terutama pada setiap petang lebih-lebih lagi pada hujung minggu jumaat dan sabtu.

Apabila pengunjung melalui jambatan besar Kuala Dungun ini sudah pastinya akan dapat melihat jelas di mana letaknya Lokasi benteng sungai Kuala Dungun, muara Kuala Dungun, Sungai Pimpin, Bukit Belah, Batu Payung, Kampung Bijangga dan Kampung Sungai Buaya, selain itu terlihat jelas juga pengkalan-pengkalan untuk ke Pulau Tenggol, tempat-tempat pembuatan bot nelayan dan bot komersial serta hasil laut dan makanannya yang mana menambahkan lagi kecantikkan dan keunikkan permandangan di Sungai Dungun ini amnya.

1 comments:

nuruddin omar said...
Saturday, December 22, 2012 at 6:07:00 PM GMT+8  

syok btoil,,landing kat sini.blog penuh teknikal design..awesome.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets