Ngail Udang Kelapa Sawit DM

February 05, 2012 by
Assalamu'alaikum, semalam 04 Feb 2012 Jam 11am, team siakappaka turun lagi untuk memancing udang galah tidak lain tidak bukan di sungai Durian Mentangau(DM) Dungun di
lokasi belakang ladang kelapa sawit yang terletak lebih kurang 800m dari simpan besar Durian Mentangau.
Tips: Sebenarnya udang tidak memilih sangat umpan apa yang kita nak guna, tak kisah lah nak guna cacing, umpun-umpun, isi ikan, cengkerik, udang beras dan hirisan jantung ayam yang pentingnya lokasi di mana terdapatnya udang yang banyak, satu lagi jangan main campak jer umpan kat mana-mana yang kita suka dan biar sikit jer umpan di kail supaya mudah udang tersangkut pada kail.

Sekarang ni, kalu ikutkan jadual air di kawasan Negeri Terengganu kebiasaannya di waktu pagi air surut dan air mulai pasang penuh sekitar jam 5.45 petang, jika tiba di lokasi yang keadaan airnya surut, maka carilah kawasan-kawasan yang banyak pokok-pokok tumbang atau celahan pokok-pokok yang rimbun di pinggir sungai ini kerana keadaan air sungai yang deras menyebabkan udang suka berselindung di sebalik reba-reba pokok tumbang tersebut kerana untuk mengelak dari dihanyut oleh arus yang deras.

Bila air pasang pula, arus air sungai makin bergerak perlahan dan masa inilah udang-udang mula merangkak keluar dari kawasan reba-reba tersebut untuk mencari makanan dan masa ini juga lah mudah sikit untuk kita memancing, campak jer umpan dan kail di kawasan lapang sikit dah ok. Sedikit sebanyak tips untuk memancing udang, selebihnya terpulang pada rezeki masing-masing, paling kerap turun memancing, makin cepat la memahami cara-cara terbaik untuk memperolehi hasil tangkapan yang lumayan.
Ikan Mystus spp nama saintifik ikan Baung yang tersangkut di kail ketika memancing udang galah semalam, ikan ini tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.

Baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau menggunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah, memancing ikan ini dengan menggunakan umpan sabun (benar cerita ini, saya telah menontonnya dalam rancangan "River monsters" pemancing terkenal-Jeremy Wade) .

1 comments:

Anonymous said...

Saya pernah mancing udang disini, turun kul 4 balik kul 7 dapat la jg 3 ekor sepit biru,skrg dh tk mancing dh coz tinggal tetap di Johor (Mat Duan P.Serai)

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog