background img

Ramadhan Menjelma Lagi

5 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Ramadhan yang pada Nya terdapat satu malam yang sungguh agung yang lebih baik dari seribu bulan, ramadhan juga merupakan bulan untuk seseorang mensuci hati daripada kekotoran maksiat serta kealpaan, ianya merupakan bulan berkat, bulan yang awalnya rahmat pertengahanya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

Ramadhan bulan ibadah, bulan kebajikan, bulan al-quran.. bukan bulan untuk makan dan minum secara bermewah , bukan bulan untuk bersantai, bukan untuk tidur, bukan untuk berperap tanpa melakukan sebarang kerja ibadah.. bahkan ianya merupakan bulan zuhud yakni menyekat nafsu daripada mendapat kemewahan dan keseronokan berlebihan.

Tanamkanlah azam dalam hati, kita ingin mengikuti jejak langkah nabi Muhammad yang pernah melalui ranjau berduri selama dua bulan dapur rumahnya tidak berasap kerana ketiadaan makanan. Baginda pada hari kebisaanya hanya makan sembilan suapan pada pagi dan Sembilan suapan pada petangya, itu sahaja.. tidak lebih dari itu.., ingatlah firman Allah yang bermaksud: “tiadalah kehidupan dunia ini kecuali
hanyalah keseronokan yang tipu daya”.

Janganlah kita sibukan diri kita dengan memikirkan ‘makanan apa yang hendak dimakan waktu berbuka..’, bahkan fikirkanlah ‘masjid manakah atau surau manakah bakal kita hadir untuk mendengar syarahan agama dan solat tarawih,marilah kita sama-sama saling nasihat menasihati sesame kita agar meninggalkan sikap bermewah-mewah kerana makan secara bermewah dengan hidangan lauk yang melebihi dua atau tiga masakan setiap hari adalah perbuatan yang tiada kebakaikannya malah bertentangan dengan dengan cara hidup para nabi, sebagaimana dinyatakan dalam satu hadis yang bermaksud “ beringatlah dirimu daripada bermewah-mewah, sesungguhnya para nabi tiadalah dari kalangan mereka yang bermewah-mewah.

Para wali Allah tidak menghabiskan waktunya dalam memperbagaikan jenis makanan yang lazat-lazat, bukan ini caranya untuk menjadi kekasih Allah, para wali Allah bersifat zuhud pada segala hal, mereka membiasa kan diri meninggalkan kemewahan.Rasulullah pada kebayakan harinya hanya mengambil kurma dan air sebagai makanan pagi dan petangnya, bayangkanlah.. “hanya kurma dan air sahaja” dan kadang-kadang sahaja baginda makan roti keras bukan sebagaiman roti di zaman muta’khir ni yang sememangnya lembut dan enak.

Saudaraku... hari-hari di dunia amatlah pendek berbanding hari di akhirat, perbayakanlah amalan akhirat kerana amalan itu walau sebanyak mana sekali pun dikerjakan ianya tetap akan menguntungkan dirinya di akhirat kelak. Sambutlah bulan ramadhan dengan bertaubat dan memperbanyakkan ibadah. Ingatlah sabda nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “ siapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keyakinan dan usaha gigih maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

MENYAMBUT KETIBAAN BULAN-BULAN MULIA DENGAN MEMPERBANYAKKAN IBADAH SUNAT

Allah ta’ala Berfirman dalam Al-Quran surah Al-Israa’ , ayat:19 yang bermaksud : “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedangkan dia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan kebaikan”. Betapa agungnya kalammu wahai rasulullah “Apakah aku tidak suka menjadi hamba Allah yang bersyukur..”. Suatu hari nabi masuk ke bilik Aisyah lantas berbaring di atas tempat tidur sambil merapatkan tubuh Baginda dengan tubuh Aisyah, tidak lama kemudian Nabi berkata kepadanya:“Biarkan Aku seketika untuk Aku beribadah kepada Tuhanku..” lalu nabi bangun dan mengambil wudu’ seterusnya melakukan sembahyang, sewaktu solat baginda menangis dan terus menangis sehingga basah janggutnya, kemudian ruku’ lalu menangis lagi, kemudian sujud sedang beliau masih juga menangis sehinggakan membasahi tanah tempat baginda sujud, tidak lama sesudah itu Aisyah menanya Nabi “Kenapa sampai begini sekali Ya Rasulullah..? sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosa-dosamu samaada yang sudah lepas mahupun yang akan datang..!?” lantas Rasulullah menjawab : “Apakah aku tidak suka menjadi hamba Allah yang bersyukur”.

Segeralah..! segeralah kita wahai saudara sesama islam mengikut jejak langkah nabi besar Muhammad sallallahu alaihi wasallam dengan melakukan sebanyak-banyaknya ketaatan kepada Allah samaada yang wajib mahupun yang sunat, bulan yang berkat iaitu bulan rejab, bulan Aminah binti wahab selaku ibu kepada nabi kita mula mengandungkan baginda iaitu pada malam jumaat , awal bulan rejab, pada bulan tersebut juga berlaku peristiwa mukjizat yang begitu hebat kepada Rasulullah iaitu peristiwa israa’ dan mikraj. Jesteru, bulan rejab termasuk dalam kategori bulan barokah, kemudian sesudah itu disusuli oleh bulan yang barokah juga iaitu bulan sya’ban yang padanya terdapat satu malam yang agung dikenali dengan malam nisfu sya’ban, kemudian selepas itu menyusul pula bulan yang dinanti-nantikan , bulan sebaik-baik bulan pada keseluruhannya iaitu bulan ramadhan.

Ketiga-tiga bulan ini merupakan bulan yang paling afdhol dan yang paling agung kedudukannya dengan kelebihan masing-masing berbanding dengan bulan-bulan yang lain, oleh itu terimalah kehadiran bulan-bulan ini dengan mentaati Allah, lakukanlah amal ibadah sebanyak-banyaknya untuk bekalan sesudah mati, lakukanlah amalan dunia sekadar mencukupi untuk hidup di alam sementara dan lakukanlah amalan akhirat dengan kadar keperluan untuk kamu hidup kekal disana , Allah amat mengasihi hambanya , Dia membalas amalan yang sedikit dengan ganjaran yang berganda.., janganlah kita sibuk dengan kenikmatan sehingga kita lupa siapa yang memberinya, penuhilah masa kita dengan perkara manfaat lagi berfaedah kerana masa teruang itu jika tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya maka akan terisilah dengan perkara yang tidak patut. Hayatilah sabda nabi sallallahualaihi wasallam yang bermaksud: “Orang mukmin itu tidak akan merasa kenyang daripada melakukan kebaikan sehinggalah akhirnya dia memperolehi syurga..”

Dari Blog Makrifah

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers