Kakap Merah Paka

July 07, 2011 by
Kakap Merah atau Siakap Merah atau pun di kenali sebagai Ungah (di Sabah dan Sarawak) termasuk salah satu jenis ikan yang juga menjadi target utama sebahagian pemancing seperti aku, ikan ini telah berjaya ku pancing semalam di perairan sungai Paka Dungun.

Bentuk tubuhnya bulat pipih memanjang, bersisik merah serta mempunyai sirip di bahagian punggung dan di bawah perut. Sebagai ikan pemangsa, ikan kakap merah ini dilengkapi dengan gigi tajam untuk mengkoyak mangsa dan karakternya pula gemar menyergap mangsa.

Spisis ini merupakan ikan dasar yang adakalanya hidup berkelompok dan adakalanya tidak, ia juga gemar hidup di batu-batuan dan rumpun-rumpun akar pokok (Paya Bakau). Ikan kakap merah dipanggil red snapper dalam bahasa inggeris yang boleh ditemui di lokasi terutamanya muara sungai dan laut (Kepala Tanjung).

3 comments:

ciK biBik said...

huhu..ak mcm xpena msk ikan ni..huhu

p/s: buang capctha kt coment ni la best sikit nk komen2.he

Glopac said...

ciK biBik: ikan ni tak de jual kat pasal,psl susah nak dapat,kena pancing sendiri la,tp kalu ada kat pasar pun harganya mahal,ikan ni ikan sungai gred A lagi mahal drp siakapputih

Anonymous said...

uiiihh..geram ahh tengok ikang nih..!!!

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog