Timang tinggi-tinggi sampai puncak atap... Cepat tumbuh gigi nanti pandai baca kitab... Bagi seorang ibu anak adalah lambang kebahagian sebuah tangga. Rumah akan sunyi tanpa riuhan suara anak-anak... Bagi seorang ibu... rela nyawanya menjadi galang ganti asalkan anaknya selamat...
Seorang ibu sentiasa mendoakan kebahagian dan keselamatan anak-anaknya. Tiada seorang ibu yang normal mendoakan supaya kecelakaan menimpa anak-anaknya. Apakah kita sentiasa mendoakan untuknya. Apakah kita mengambil berat akan kebajikan ibu kita?... Mungkin ibu kita sudah di hujung usianya... Mungkin inilah waktunya kita kembalikan kasih sayang yang mungkin sedikit terlerai...
Ketika Nabi Muhammad SAW ditanya oleh sahabat siapa yang pantas lebih dahulu untuk dimuliakan dan dijunjung tinggi dalam kehidupan maka jawab Nabi “Ibumu“. Sahabat tanya lagi, kemudian siapa, Nabi menjawab, Ibumu. Sahabat tanya yang ketiga kalinya, kemudian siapa Ya Rasulallah. “Ibumu” kata Nabi. Lalu siapa, sahabat masih tanya lagi. “Ayahmu”, kata Nabi. Ya ibu disebutkan hingga 3 kali oleh Nabi Muhammad SAW betapa besarnya darjat ibu. Baru setelah itu disebutkan ayah yang pantas untuk dimuliakan.
Peranan seorang ibu ternyata sangat besar untuk kemajuan sebuah bangsa dan negara. Kerana dari rahim ibulah lahir generasi penerus yang akan menjadi tulang punggung maju tidaknya satu-satu bangsa ini. Maju tidak bangsa ini maka ibulah kuncinya. Ibu yang baik dan memberikan pendidikan yang baik bagi anaknya. Maka anaknya kelak akan menjadi anak yang berbakti dan siap menjadi generasi yang baik. Ibu yang baik akan melahirkan anak yang baik. Sebaliknya ibu yang tidak memberikan pendidikan yang optimal, maka alamat bangsa ini akan mengalami kehancuran. Padahal kita tahu sukses tidaknya sebuah bangsa ialah kerana peranan generasi penerusnya. Maka jika seorang ibu tidak memberi pendidikan akhlak yang mulia disamping pendidikan akademik. Maka tentu saja bangsa ini akan memiliki masa depan yang kelam. Maka dari itu, melalui hari ibu ini, marilah kita hormati ibu kita. Kita ingat semua jasa-jasanya terhadap diri dan bangsa ini. Selamat hari ibu, Terima kasih ibu.
Md Hasim Muji.
Pejabat Bendahari
UiTM Terengganu
23000 Dungun,
Terengganu.
09-8400167

0 comments:
Post a Comment