background img

Pesta Mancing Teluk Lipat

Teluk Lipat, nama pantai yang terletak di daerah Dungun Terengganu, kalau dilihat pada waktu malam sudah tentu pemandangan di sini seperti pasar malam atau pesta kerana sepanjang Pantai Teluk Lipat yang berukuran lebih 15km ini disinari dengan cahaya api dan lampu yang dipasang oleh setiap pemancing yang memancing di pantai ini. Berduyong-duyong berpusu-pusu rakyat di Dungun dan di luar Dungun datang ke pantai ini untuk menikmati hasil tangkapan ikan Gelama dan buluh, ada yang bawa keluarga, kawan-kawan dan ada juga yang bermalam serta berkhemah untuk memancing sampai ke pagi.
Jom ramai-ramai ke sini, kita pakat mancing ikan Gelama, Buluh, Pari, Ebek, Talang. Kebanyakkan pemancing memperolehi ikan Gelama yang berukuran sebesar selipar saiz 7 dan 8 seberat 300-500g. Gambar menunjukkan jelas suasana keriuhan serta gelagat pemancing-pemancing dan keluarga menikmati aktiviti memancing, bagi sesiapa yang belum pernah memancing cubalah datang memancing di sini sudah tentu pemancing baru ini akan jadi gila memancing.

4 comments:

suhaimimd said...

aku baru balikk dari dungun sempena Kejohanan Tenis MSS Terengganu. Sempat juga memancing sambil berehat di Pantai Teluk Lipat dimalam hari. Dapat gak sekor ketuka ketika air surut.

Min said...

Ok lah tu dpt gak tuka sekor, msti syok mancing kan, habis tu main tenis menang tak?

suhaimimd said...

aku selaku jurulatih tak main.. budak2jer yang main, Kemaman dapat 1 Tempat pertama, 4 Tempat ke-2 dan 6 Tempat ke-3.

Min said...

Tahniah tahniah...

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers