background img

INSAN... MUDAH LUPA

Kita hidup ada akhirnya... tiada bukti yang di sekeliling kita menunjukkan manusia tidak MATI, masih berterusan hidup walaupun mula dilahirkan di zaman firaun lagi atau lebih awal daripada itu, atas kesedaran inilah kita mencari agama, mencari petunjuk dari yang maha BERKUASA, PENCIPTA kehidupan dan kematian.

Lalu... kita percaya ALLAH, yang menghidupkan dan mematikan manusia. Dari RASUL (MUHAMMAD S.A.W.-SUNNAH) dan KITAB(AL-QURAN) kita tahu berita tentang selepas kematian. Adanya balasan... SYURGA dan NERAKA. ALLAH yang Maha Pengasih, tidak membiarkan kita sendirian. Al-Quran dan As-Sunnah dibekalkan, untuk kita mencari redhoNya dan seterusnya janjiNya syurga. Mencari yang BERTENTANGAN dengan apa yang AL-QURAN dan AS-SUNNAH pandukan - NERAKAlah balasannya. Tega kah kita pada api yang membakar, menjulang-julang! Api yang memberi keazaban yang terlalu perit... tidak mampu ditanggung oleh fizikal manusia yang terlalu kerdil.

ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Cinta Allah pada makhlukNya, melebihi cinta ibu kepada anaknya sendiri. Bukankah kita diberikan akal, jadi kita adalah manusia siuman. Bukankah kita diberikan penglihatan, lalu kita mampu melihat. Bukankah kita diberikan keupayaan untuk belajar, lalu kita mampu memahami. Bukankah kita diberikan telinga, lalu kita mampu mendengar. Cukup BESAR pemberian ALLAH pada manusia. KENAPA... INSAN... MUDAH LUPA??? Adakah kita mampu melihat tanpa izinNya!. Adakah kita mampu mendengar tanpa izinNya!.

Adakah kita mampu menyentuh dan merasa tanpa izinNya!. Adakah kita mampu mempunyai pasangan, anak-pinak, profession, rumah, kereta dan segala yang kita ada sekarang ini tanpa izinNya. Dan... adakah kita mampu... walau untuk mengangkat kelopak mata... tanpa izinNya. IKUTLAH apa yang ALLAH SURUH. dan TINGGALKANLAH apa yang ALLAH LARANG. CEGAHLAH apa yang ALLAH minta kita CEGAH. Peganglah Al-QURAN dan AS-SUNNAH sekuat-kuatnya... inilah pesan Rasul (S.A.W.) kesayangan kita dalam khutbahnya yang terakhir di Arafah.

Carilah ILMU ALLAH. Bacalah... fikirlah... wahai insan-insan yang punya akal. Tanyalah pada orang yang tahu dan bermusyawarahlah bersama mereka. Itulah khalifah-khalifah (yang diberi petunjuk) lakukan setelah ketiadaan Rasulullah (S.A.W.). Jangan sekali-kali membuat keputusan dengan akal yang tidak dituntun oleh AL-QURAN dan AS-SUNNAH. TAATLAH PADA ALLAH DAN RASUL.

CINTAILAH ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W MELEBIHI CINTA KEPADA KEMAHUAN DIRI KITA SENDIRI. INSAN... ingatlah!. Sebelum terlambat... sebelum KEMATIAN menjemput kita pulang pada ALLAH YANG ESA. (wallahu’alam). 

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers