background img

Ikan Sembilang

Assalamu'alaikum... 2 Feb 2011, Rabu Jam 8.07pm: Ikan Sembilang seberat 2kg berjaya dipancing oleh Bro Zeman berumpankan cebisan ayam goreng, ingatkan si ikan kuku yang menyambar joran Bro Zeman, tiba-tiba ikan kuku tranfor menjadi ikan sembilang haha... tak apa lah bleh gak dibawa balik untuk dijadikan gulai kari dan goreng, peh! sehingga menjilat jari...

Penulis sertakan juga info mengenai ikan sembilang sikit... dari segi habitat ikan sembilang berbeza daripada ikan keli. Ikan sembilang tidak hidup di air tawar, manakala ikan keli pula hidup di air tawar. Itu adalah perbezaan paling ketara antara kedua-dua ikan ini.

Ada yang tidak menggemari ikan ini kerana ia berasa sedikit hanyir. Ikan ini juga dikategorikan sebagai ikan yang berlemak. Anda perlu melumurkan ikan ini dengan jus limau nipis, basuhnya dengan air asam jawa atau rendam dengan air garam selepas menyiangnya.

Bilaslah dengan air biasa, dengan cara ini ia dapat mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan ini. Selain itu kikis kulit ikan ini untuk membuang lendir yang ada pada kulitnya. Ini juga dapat mengurangkan hanyir ikan sembilang ini.

2 comments:

afifah said...

hehe..sblom ni mmg xtw beza ikan sembilang n ikan keli..nmpk cme je..thanks for da info..

salam..bw n follow..

Bro Min said...

Nurul: Ooo ok tak de hal... lg satu bezanya lg dr segi colour.. ikan keli hitam ikan 9 lak koko...

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers