Memancing Tapah

May 18, 2010 by
Salam semua... best kalu dapat tapah sebesar ni...agak-agak nak masak lauk apa dengan tapah ni... kalu aku dah tentu buat gulai masak lemak, mesti best kan. Tapah adalah spesies ikan duri air tawar...ia hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan.

Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan. Tapah juga adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan untuk ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia, dan moluska, manakala anak ikan biasanya makan serangga. Oleh itu, ikan ini adalah ikan perosak, khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih bernilai.

5 comments:

sebi_2569 said...

beautiful fish; bravo

Studentslife said...

bro duri die berbisa ke??

Min said...

bleh tahan lah bisanya macam ikan duri gak...

Min said...

tapi isi nya peh... sedap yg amat...

Krole said...

humangiiiiiiiiiii....besaq nyaaaaaaa...

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog