background img
Gelama adalah spesis ikan yang gemar bermain di perairan pantai yang sekarang ini banyak melanda di pantai-pantai timur terutama di Pantai Teluk Lipat Dungun ini. Inilah musim Gelama yang sangat popular bagi kaki-kaki pancing, pergilah di mana-mana area pantai Terengganu ini semestinya ramai dipenuhi oleh gelagat-gelagat pemancing tega dalam memburu spesis ini. Antara spesis yang selalu berjaya didaratkan oleh pemancing ialah gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama. Gambar menunjukkan rezeki gelama yang diperolehi semalam di area Kg. Sura Tengah Pantai Teluk Lipat sehingga membuatkan kami tidak berganjak sehingga ke pukul 3.00am walaupun dalam keadaan ombak dan angin yang kuat.

Gelama Pantai Sura Dungun

Lokasi Lubuk Panjang Sungai Kelmin Jerangau Dungun Terengganu.

Ikan Kelah Lubuk Panjang

Lokasi Lubuk Panjang Sungai Kelmin Jerangau Dungun Terengganu.

Spesis yang terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata pancing. Justeru, kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar. Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.
Dikenali sebagai 'King of the River', Kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Lebih daripada 19 spesis Kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya ada tiga spesis. Kebanyakan ikan Kelah yang dijumpai di Malaysia ialah Kelah Merah, habitat semula jadi ikan Kelah adalah di hulu sungai, selain itu ikan ini juga adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju, Spesis ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50kg.

Lokasi memancing di Lubuk Panjang Sungai Kelmin Jerangau Dungun Terengganu, Di anggotai oleh Wary Dagang, Mat Nong Gali, Apiz Barat, Duan Bidin, Ery, Usop, Aizarudin & Hairul Sulong.

Trip Kelah Hunter Lubuk Panjang

Berat: 18.6kg
Lokasi: Pantai Teluk Lipat Dungun

Nama saintifiknya Rachycentron canadum, adalah sejenis spesis ikan laut dan banyak terdapat di pesisir pantai dalam keluarga Rachycentridae. Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan.

Kini ia menjadi pilihan utama pengusaha restoran makanan barat bagi menggantikan ikan Tenggiri atau Dori, yang sebelum ini menjadi pilihan dalam penyediaan hidangan fish and cips. Sebenarnya tidak banyak beza rasa isinya dengan ikan tenggiri, malah ia dikatakan amat sesuai untuk menyediakan hidangan tersebut.

Ikan Haruan Tasik

Comment

↑ Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers