background img

Trip Kelah Hunter Lubuk Panjang

Spesis yang terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata pancing. Justeru, kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar. Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.
Dikenali sebagai 'King of the River', Kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Lebih daripada 19 spesis Kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya ada tiga spesis. Kebanyakan ikan Kelah yang dijumpai di Malaysia ialah Kelah Merah, habitat semula jadi ikan Kelah adalah di hulu sungai, selain itu ikan ini juga adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju, Spesis ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50kg.

Lokasi memancing di Lubuk Panjang Sungai Kelmin Jerangau Dungun Terengganu, Di anggotai oleh Wary Dagang, Mat Nong Gali, Apiz Barat, Duan Bidin, Ery, Usop, Aizarudin & Hairul Sulong.

0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers