background img
10 Feb 2011, Jam 12.50pm: 800g ikan kuku yang berjaya dipancing oleh Pak Ripin di Sungai Paka Dungun Terengganu berumpankan udang. Kuku adalah dari spesies ikan gred A kategori sungai seperti ikan siakap putih dan merah, rasa isinya pula sedap yang amat sangat sesuai benar jika dimasak dengan masakkan gulai kunyit, kari dan 3 rasa, peh... memang gerenti sedap giler... Untuk pengetahuan semua, umpan ikan kuku adalah umpan gandum(roti), teritek, ayam, kulit ayam, udang dan ketam kecil(Ketam angin), 1kg ikan kuku harganya lingkungan RM30-35.

Kuku 800g

Kenangan Team Siakappaka

Assalamu'alaikum... 2 Feb 2011, Rabu Jam 8.07pm: Ikan Sembilang seberat 2kg berjaya dipancing oleh Bro Zeman berumpankan cebisan ayam goreng, ingatkan si ikan kuku yang menyambar joran Bro Zeman, tiba-tiba ikan kuku tranfor menjadi ikan sembilang haha... tak apa lah bleh gak dibawa balik untuk dijadikan gulai kari dan goreng, peh! sehingga menjilat jari...

Penulis sertakan juga info mengenai ikan sembilang sikit... dari segi habitat ikan sembilang berbeza daripada ikan keli. Ikan sembilang tidak hidup di air tawar, manakala ikan keli pula hidup di air tawar. Itu adalah perbezaan paling ketara antara kedua-dua ikan ini.

Ada yang tidak menggemari ikan ini kerana ia berasa sedikit hanyir. Ikan ini juga dikategorikan sebagai ikan yang berlemak. Anda perlu melumurkan ikan ini dengan jus limau nipis, basuhnya dengan air asam jawa atau rendam dengan air garam selepas menyiangnya.

Bilaslah dengan air biasa, dengan cara ini ia dapat mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan ini. Selain itu kikis kulit ikan ini untuk membuang lendir yang ada pada kulitnya. Ini juga dapat mengurangkan hanyir ikan sembilang ini.

Ikan Sembilang

Assalamu'alaikum... hari ini jam 10.00am turunnya 3 insan group siakappaka ke sangkar ikan di Sungai Paka Dungun Terengganu untuk memancing, iaitu Bro Fairus, Pak Ripin dan Bro Hadi(Adi Kuku). Hanya joran Bro Hadi sahaja yang mengena ikan siakap merah seberat 500g tahniah diucapkan, kata beliau agak sukar juga untuk menaikkan si siakap merah ini walaupun tak sebesar mana al maklum lah siakap merah memang spesis ikan yang bekeng(ganas) suka menyelam masuk kecelah-celah batu dan akar-akar pokok bakau apabila terkena kail, nyaris terputus tali perambut Bro Hadi dibuatnya. Ini adalah berita baik bagi kaki-kaki pancing, kebiasaannya dengan ada ikan siakap merah pada musim sekarang ini menandakan hampir berakhirnya musim tengkujuh.  

Siakap Merah 500g

Comment

↑ Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers