background img

Mat Kilau | Tokku Paloh | Tok Kenali - Sejarah Ulama-Ulama Dan Pahlawan Melayu Di Tanah Melayu

Mufti Syeikh Othman Bin Senik - Guru Mat Kilau 

Selain Pahlawan Mat Kelantan yang diketahui menjadi guru kepada Pahlawan Mat Kilau, seorang lagi ulama bertaraf wali Allah yang menjadi guru beliau ialah Syeikh Othman Bin Senik yang menjadi Mufti Pertama Pahang.

Syeikh Othman ini adalah di antara murid kepada Wali Allah Tok Bendang Daya Muda, ulama yang sangat terkenal namanya di Fathoni Darus Salam.
Beliau juga disebut sebagai salah seorang peniup semangat kebangkitan masyarakat Melayu menentang penjajah. Alangkah bagusnya jika tokoh² ulama ini ada dilibatkan di dalam filem Mat Kilau supaya masyarakat dapat melihat penglibatan ulama dalam perjuangan Melayu.
 
Mat Kilau Berguru Dengan Tok Ku Paloh.
🌹Tokku Paloh itu nama sebenarnya beliau ialah Sayyid Abd Rahman Al-Idrus dari keturunan Rasulullah.  Dan beliau ini adalah Ulama SUFI yang disegani.
🌹Jangan pulak semangat mat kilau tapi tak semangat macam mana mat kilau belajar kerohanian dan agama.
🌹Jangan jadi wahabi yang tolak tasawwuf dan ulama sufi..😁

Mat Kilau pernah berkata..
🌹"Kalau Beragama, Jangan Sekadar Pakaiannya (Syariat), Biar Tentu Bersih Juga Tubuhnya (Hakikat)...
🌹Kalau Belajar, Jangan Sekadar Ilmunya (Feqah), Biar Tentu Kukuh Juga Adabnya (Tasawwuf)...
🌹Kalau Beramal, Jangan Sekadar Ayatnya (Zahir), Biar Tentu Juga Berbulat Dengan Rahsia-NYA (Bathin)..." 

Pejuang2 Melayu yg mempertahan tanah air dulu ialah Ahli Sufi yg bertariqat. Antaranya:
# Mat Kilau (Muhammad Bin Imam Rasu) dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!
# Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah.
# ‘Tok Janggut’ atau Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas yang merupakan seorang ulama dan pendekar sufi yang pernah menjadi murid bersama Tok Kenali kepada Tokku Paloh dan beliau juga adalah murid kepada Sheikh Wan Ahmad Al-fathani semasa menuntut di Mekah.
# dan ramai lagi...

Tok Kenali orang gila dan tidak waras!!
Kalau Tok Kenali masih hidup hari ini, pastinya dengan mudah beliau dianggap tidak waras atau org gila!! Masakan tidak, beliau yg masyhur sbgai seorang yang berilmu tinggi yg bertaraf wali, tetapi peribadinya disebutkan sering tidak berbaju dan selalu berjalan ke mana-mana dengan berkaki ayam sama seperti peribadi seorang yg tidak waras.

Apatah lagi di zaman skrg ni semakin ramai munculnya golongan yg tidak mengiktiraf keilmuan para ulama silam tanah jawi, memandang remeh terhadap keilmuan para tetua dulu² serta menolak kewalian dan keramat para aulia.. 



Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan orang yg angkuh dan sombong dengan pengiktirafan sijil pendidikan moden dinihari. Sijil akademik moden merupakan salah satu bala bg umat di akhir zaman apabila disalahgunakan!
Al-fatihah buat Waliyullah Tok Kenali dan ulama terdahulu..


TUK KU PALUH.
(TONGGAK UTAMA PAHLAWAN MAT KILAU)

Seorang insan yang bergelar ulama dan tokoh pahlawan Melayu Terengganu yang hidup di antara tahun 1817 hingga tahun 1917.Beliau dipercayai lahir pada tahun 1817 di kampung Cabang Tiga,Kuala Terengganu,Terengganu.Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad.Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu,yang dipercayai berasal dari Hadramaut,Yaman.Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa.Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya.Beliau juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amin atau Tuk Syekh Duyung,ulama yang menjadi mufti Baginda Omar.Setelah dewasa,Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Kota Makkah dengan mendalami ilmu tafsir,hadis,tauhid dan tasawuf.
Sekembalinya ke Terengganu,Tuk Ku Paluh mengajar di masjid Tuk Ku Paluh di Cabang Tiga.Kemudian beliau berpindah dan membuka satu perkampungan baharu di Paluh,yang kemudiannya menjadi pusat pengajaran agama yang terkenal di dalam dan luar negara.
Tuk Ku Paluh adalah ulama yang mengamalkan Tarekat Naqsyahbandiyah.Dalam pengajarannya Tuk Ku Paluh mengekalkan cara syarahan.Pengajarannya meliputi semua bidang ilmu Islam tetapi yang ditekankan ialah ilmu tasawuf.Muridnya bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga dari Kelantan,Pahang dan Patani.Antara anak muridnya yang terkenal ialah Sultan Zainal Abidin III,Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong, dan Lebai Abdul Rahman yang berasal dari Patani.Tuk Ku Paluh juga telah menghasilkan beberapa buah kitab,antaranya yang terkenal ialah Ma'arijul Lah-fan yang ertinya, Kitab Tangga Orang Yang Sangat Dahagakan Untuk Naik Kepada Hakikat-Hakikat Pengenalan.Kitab ini adalah kumpulan syarahan kepada murid-muridnya.
Tuk Ku Paluh menjalin hubungan kekeluargaan dengan kerabat diraja Terengganu melalui perkahwinannya dengan Tengku Mandak,kekanda Sultan Zainal Abidin III.Beliau juga telah dilantik sebagai syekhul ulama atau ketua ulama pada ketika itu.Di samping itu juga beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang bertanggungjawab mentadbir rakyat dan negeri.Sultan Zainal Abidin III dikatakan banyak mendapatkan buah fikiran dan pandangannya apabila menghadapi masalah dalam hal-ehwal negeri Terengganu.
Dalam peristiwa pemberontakan Pahang melawan penjajah British,yang dipimpin oleh Datuk Bahaman,Tuk Gajah dan Mat Kilau,para pejuang Melayu hampir menyerah kalah kerana tekanan kerajaan Pahang tetapi telah mendapat semangat baharu setelah perjumpaan dengan Tuk Ku Paluh.Tuk Ku Paluh telah memainkan peranan penting dan tanggungjawabnya dalam membantu pejuang-pejuang Melayu Pahang dengan meniupkan kata-kata semangat serta doa bagi menambah kekuatan baharu untuk melancarkan serangan ke atas British,sehingga akhirnya pejuang-pejuang Melayu Pahang telah berjaya menawan kubu di Jeram Ampai.Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat mempertahankan kubu tersebut lalu berundur dan sekali lagi mendapatkan perlindungan Tuk Ku Paluh.Dengan Taktik dan perancangan rapi oleh Tuk Ku Paluh dan Sultan Zainal Abidin III, Hugh Clifford,pegawai British yang ditugaskan memburu mereka gagal menangkap pejuang-pejuang Melayu Pahang.
Pengaruh Tuk Ku Paluh juga ketara dalam usaha British untuk bertapak di Terengganu.Berikutan satu perjanjian antara British dengan Siam pada tahun 1909,Siam telah memindahkan naungannya ke atas beberapa buah negeri Melayu termasuk Terengganu kepada kerajaan British.Namun begitu Terengganu tidak mengiktiraf perjanjian tersebut.Tuk Ku Paluh dalam memberi pandangannya kepada Sultan Zainal Abidin III berpendapat bahawa usaha British yang dibantu oleh Siam itu adalah satu ancaman besar kepada kedaulatan dan keutuhan agama Islam.
Antara anak Tuk Ku Paluh yang terkenal ialah Sayyid Akil atau Tuan Pengeran,Sayid Abu Bakar atau Tuan Embung yang dilantik sebagai syekhul ulama semasa pemerintahan Sultan Sulaiman dan Sayid Sagaf atau Engku Kelana.
Tuk Ku Paluh dipercayai telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1917.Dengan ketiadaan tokoh penting ini dan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1918 serta keadaan politik dalaman negeri Terengganu yang lemah,cita-cita British untuk bertapak di Terengganu terlaksana pada tahun 1919.
Bissirril al-fatihah untuk Al-Marhum Tuk Ku Paluh dan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III,sultan Terengganu.Semoga Allah mencucuri rahmat dan inayah-NYA ke atas ruh mereka atas jasa,pengorbanan dan perjuangan mendaulatkan Islam dan mempertahankan maruah bangsa Melayu dan negeri daripada penjajahan kuffar British.

*Photo Pusaranya
Sumber: Sejarah Ulama-Ulama Dan Pahlawan Melayu Di Tanah Melayu.




0 comments:

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers