background img

Seberang Takir Kini

Salah satu port memancing terkenal di Negeri Terengganu iaitu Seberang Takir terletak di Kampung Seberang Takir daerah Kuala Nerus, yang mana terletaknya perkampungan nelayan orang Melayu. Di sini adanya rumah-rumah api, penanda arah sebagai panduan bot dan kapal keluar masuk dan adanya juga jambatan angkat serta pesisir pantai yang cantik dan terkenal seakan berada di Miami Beach.
Port inilah yang menjadi sasaran buruan kaki-kaki pancing 2 dalam 1 untuk memancing ikan laut dan ikan sungai kelas terbaik seperti Ebek, Gerung, Gerepuh, Talang, Pari, Siakapputih, Siakapmerah, Kuku, Kerapu dan lain-lain.
Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah ShahBandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.
Masjid Kg. Seberang Takir yang sekarang ini giat dibina berhampiran sungai dan jeti bot penambang yang pastinya akan menjadi tarikan pengunjung kerana lokasinya yang strategik dan pemandangan yang cantik.

0 comments:

Blog List

Advertisement

Chat

Followers