Mabang & Kerapu

August 14, 2017 by
Sotong Mabang juga dikenali sebagai "sotong ngabang". Di pantai barat ia lebih dikenali sebagai "sotong harimau" mungkin kerana bentuk coraknya berbelang seperti harimau. Sotong mabang mudah dijumpai di perairan air masin di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ia agak berbeza dengan sotong torak yang banyak dijumpai di pantai timur semenanjung.

Masa mencandat sotong mabang hampir sama dengan sotong torak iaitu pada bulan April hingga Oktober. Bagi tahun 2010 ini, kehadiran sotong mabang di pantai timur semenanjung agak lewat. Hingga kini bilangan mabang yang berjaya dipancing di kawasan pantai agak kurang. Walaupun begitu, mabang masih mudah dipancing di kawasan unjam... Abe Din

Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang. Kerapu dalam inggris disebut “grouper” yang berasal dari nama garoupa dari bahasa portugis. Spesis ini hidup di karang dan bebatuan, ukurannya dapat mencapai 2 meter.

Ada 9 jenis ikan kerapu yaitu diantaranya kerapu batik (E. polyphakeion syn. E. Microdon), kerapu kentang, kerapu sunuk/merah, kerau lumpur, kerapu macan, kerapu muara, kerapu bebek, kerapu cantang dan kerapu cantik. Di Asia Timur tepatnya di negara Jepun, China, Hongkong dan Thailand. Kerapu merupakan ikan khusus yang digemari oleh golongan atasan terutamanya kerapu lumpur, kerapu merah dan kerapu sunu merupakan jenis-jenis kerapu yang paling diminati oleh negara-negara di Asia Timur tersebut.










0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog