Akidah Israk Mikraj

May 06, 2016 by
Mi'raj Nabi Muhammad naik ke atas Sidratul Muntaha TIDAK bererti Allah bertempat di atas Sidratul Muntaha. Maha Suci Allah... Allah Ta'ala Wujud TANPA Bertempat, TIDAK Berjirim, TIDAK Berjisim
Di atas Sidratul Muntaha baginda Nabi mendengar kalam Allah tanpa perantaraan Jibril lalu difardhukan Solat. Nabi Musa juga mendengar kalam Allah yg bukan huruf, suara dan tidak berbahasa itu ketika itu Nabi Musa berada di Gunung Tur Sina maka tidak juga bererti Allah bertempat di gunung Tur Sina.. Nabi Adam mendengar kalam Allah ketika itu Nabi Adam berada dalam syurga maka tidak bererti Allah duduk dalam syurga.
Siapa yg beranggapan Nabi Muhammad naik ke atas Sidrarul Muntaha utk melihat Allah yg berada/bertempat di situ.. maka dia telah tersasar lagi sesat krn tiada satupun dalil Quran dan Hadith Sahih yg menyatakan sedemikian serta dia telah menyamakan Allah dengan makhluk.
- tazkirah Subuh akidah israk mikraj -

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog