Santuari Kelah TMM2014

March 12, 2014 by
Tahun Melawat Malaysia TMM2014, Santuari Kelah Tasik Kenyir, Hulu Terengganu Tarikan Semulajadi Sempena TMT 2014 Tahun Melawat Terengganu 2014. Lubuk Ikan Kelah Keindahan Alam Semulajadi di Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai di Negeri Terengganu Keindahan Pantai Timur disenaraikan sebagai Kawasan Pelancongan Baharu yang mesti dikunjungi sekiranya berkunjung ke Negeri Terengganu. . 

Info Pelancongan Terengganu: Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak perjalanan ke Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja.Pelbagai kemudahan termasuk pusat penyelidikan, pusat pembenihan, galeri dan akuarium ada di Kompleks Santuari Kelah Sungai Petang. Selain menjadi daya tarikan pelancong, Santuari Kelah Sungai Petang juga sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan kaji selidik, pembangunan dan penyelidikan (R&D), malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan orang ramai dengan
mempelajari mengenai spesies Kelah.

Ikan Kelah adalah spesies ikan yang cepat menghilangkan diri apabila terdengar bunyi atau terlihat kelibat manusia atau haiwan di daratan. Sekiranya berpeluang ke Santuari Kelah Sungai Petang ini, pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu Kelah di sungai yang jernih airnya dan boleh dilihat. Malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan-ikan Kelah ini seolah-olah menanti kehadiran pengunjung menghulurkan makanan iaitu 'Pelet' ikan.

Selain memberi Ikan Kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang dan mencium Ikan Kelah. Ikan Kelah memberi tindak balas apabila dipegang. Walaupun hidup secara liar, namun Ikan Kelah ini tetap jinak dengan pengunjung. Ikan Kelah mempunyai harga pasaran yang tinggi hingga RM80 sekilogram dan apabila sudah dimasak Gulai Lemak Tempoyak, harga hidangan boleh mencecah hingga RM300. Disebabkan harga pasaran yang tinggi, kaki pancing sanggup meredah jeram atau sungai di merata tempat termasuk ke beberapa lubuk utamanya di sekitar Tasik Kenyir.

Santuari Kelah Sungai Petang pasti tidak mengecewakan para pelancong yang mengunjunginya termasuk untuk mandi-manda sambil memberi makan ikan kelah. Berkunjunglah ke Santuari Kelah Sungai Petang ketika melancong di Tasik Kenyir. Walaubagaimanapun hanya di Kawasan sentuari Kelah ini sahaja dilindungi bagi memastikan kawasan pemuliharaan ini tidak diganggu serta di ancam kepupusan kesan aktiviti manusia. Jadi kawasan ini dilarang memancing atau menangkap ikan walau macam mana sekalipun.

)

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog