Jambatan Dungun

Monday, July 9, 2012 ·

Jambatan Dungun ini dibina pada tahun 2007, merupakan satu mercu tanda dan memberi kemudahan kepada penduduk terutama bagi mereka yang berulang alik dari Kuala Dungun ke Seberang Pintasan. Penulis sempat merakamkan pemandangan Kuala Dungun dari bawah jambatan ini. Selain sebagai alat perhubungan, ia juga merupakan sebuah tempat untuk melihat
pemandangan yang cantik sepanjang sungai Kuala Dungun sehingga ke Sungai Buaya dan Sungai Pimpin.

Apabila pengunjung melalui jambatan Dungun ini sudah pastinya akan dapat melihat jelas di mana letaknya Lokasi Bukit Belah, Batu Payung, Pimpin, pengkalan-pengkalan untuk ke Pulau Tenggol, tempat-tempat pembuatan bot nelayan dan bot komersial serta hasil laut dan makanannya yang mana menambahkan lagi kecantikkan permandangan di muara Sungai Dungun ini amnya.




Dari bawah jambatan ini, anda boleh melihat banyak kapal-kapal yang sedang berlabuh di kawasan Kuala Dungun, dan juga kelihatan sebuah Syarikat Pembuatan Bot yang terkenal iaitu A'king Boat. Jika anda datang ke negeri Terengganu, maka tidak rugi jikalau anda berkunjung pula ke daerah Dungun. Selain daripada pantai dan sungainya yang cantik, malah anda akan dapat melihat pemandangan yang indah serta memukau kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini.


Nama seperti Bukit Belah, Batu Payung, Pimpin, Benteng Kuala Dungun, Bawah Jambatan, Bijangga, Sungai Buaya merupakan tempat-tempat yang terkenal dengan aktiviti memancing dan selalu sahaja disebut-sebut nama tempat ini oleh kaki-kaki pancing yang semestinya juga terkenal dengan spisis-spisis ikan yang terbaik seperti Siakap Merah, Siakap Putih, Kerapu, Jenahak, Cermin, Tetanda, Pari, Repuh, Senangin, Gelama, Kurau dan sebagainya lagi. Sempat juga penulis rakamkan siakap merah yang berjaya dipancing di lokasi bawah jambatan Dungun ini yang penuh dengan batu-batuan di mana tempat kegemaran spisis ini bermain.

4 comments:

Silent Killer said...
Friday, July 31, 2015 at 6:30:00 PM GMT+8  

Umpan ap yg bole di guna kan untuk,kwsan cm nie..

Silent Killer said...
Friday, July 31, 2015 at 6:30:00 PM GMT+8  

Umpan ap yg bole di guna kan untuk,kwsan cm nie..

Silent Killer said...
Friday, July 31, 2015 at 6:30:00 PM GMT+8  

Umpan ap yg bole di guna kan untuk,kwsan cm nie..

SIAKAPPAKA said...
Saturday, August 1, 2015 at 11:35:00 AM GMT+8  

Umpan hidup kebiasaanya umpan udang hidup, ikan siakapputih memang gemar dengan umpan udang hidup. Kalu nok pancing Siakapmerah guna umpan ikan hidup cth ikan Seluang, Blotok, Sepap, Sliding bleh juga anak ikan selayang/Kembung yg dh mati sebesar 1 jari. Kalu nok pancing spesies ikan Kuku guna umpan gandum(roti), teritek, daging ayam, kulit ayam goreng, umpan ikan dedeh, kerang, udang mentah yang dibuang kulitnya dan ketam kecil(ketam angin). Kalu nok casting kat sini bleh tapi kena berhati2 mudah tersangkut, tali2 kapal byk sgt kt sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Message

Komen Terkini

    Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Logo

Logo
    Ya Allah tambahkanlah bagi kami rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar dunia dan akhirat. Ya Allah terima kasih atas kehidupan kami, nafas kami, rezeki kami & segala2nya yang kau limpahkan kepada kami, kami mohon seandainya kami tak memiliki cukup waktu untuk membahagiakan orang tua kami, adik-beradik kami, jiran2 kami, sahabat2 kami dan orang2 yang kami sayang, satu pinta kami bahagiakan mereka dengan kasih sayangMu, berikan juga kami kekuatan untuk menghadapi hari2 kami. Ya Allah menangkanlah perjuangan saudara-saudara kami di Libya, Syria, Yaman, Mesir, Tunisia, Afganistan, Iraq, Palestine, Myanmar dan di seluruh dunia tumbangkanlah musuh-musuhMu yang telah menindas mereka. Aaminn... "Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku, aku serahkan hanya kepada Allah Ta'ala yang mentadbir seluruh alam. Sekali-kali tidak ada selain bagi-Nya; dan dengan demikian aku diperintahkan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam" Demikianlah sebahagian dari ikrar kita terhadap Allah Ta'ala lima kali sehari. Justeru itu berhati-hatilah dengan ungkapan kata kita. Kerana sesungguhnya kufur terhadap Allah Ta'ala bilamana kita mengeluarkan kata-kata hidup dan mati kita adalah selain kepada Allah Ta'ala.
    Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Q.S.An-Nahl (16) : 97).
    Sabda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah Ta'ala akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (HR Muslim)... Sudahkah anda mencintai dia?Menyintai siapa??Dia ialah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,Nabi junjungan kita.Seorang hamba dan kekasih Allah Ta'ala yang senantiasa mengangkat tinggi darjat kita sebagai ummatnya,yang senantiasa memuliakan diri kita sebagai ummatnya,yang senantiasa menangis,risau akan nasib diri ummatnya apabila beliau sudah tiada,akan tetapi,apa yang telah dan akan kita lakukan terhadap apa yang telah Baginda lakukan?sangat-sangatlah jauh terasa akan diri ini,tertinggal jauh untuk menyayangi dan mencintai diri Baginda yang Agung.Mengalir air mata ini, bahawa diri ini,sudah mula lupa untuk mencintai Dia.

Follow by Email

Advertisement

Kopi Mineral

Bio Aura

Visitors & Followers

Profile Siakappaka

My photo
Blog memancing, mengenali spesies-spesies ikan & utility fansite
widgets