Ombak Rindu

December 13, 2011 by

Lokasi Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu. Sepertimana sedia maklum, negara kita pada kebiasaannya akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan November dan akan berakhir pada Mac tahun berikutnya. Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan dan
Terengganu, dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor.


Ketika itu, negeri-negeri di pantai timur akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir. Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Malangnya bagi penduduk yang tinggal berhampiran pantai kebiasaannya akan mengalami bencana kehancuran rumah yang disebabkan oleh pukulan ombak besar.

Jadi sekarang info mancing terbaru Blog Siakappaka tidak dapat dikeluarkan maklum laa dalam musim-musim tengkujuh ini ikan semua tidur kat rumah dan team siakappaka pula jadi kurang agresif pada musim-musim sebegini.

2 comments:

Anonymous said...

sy tgk ombak besr ni pd hari ahad 11 dis 2011 malam.mmg besr gilerr ombak smpai runtuh benteng t.lipat tu. beginilh tiap2 akhir tahun dr dulu - skrg benteng yg dibuat selalu runtuh & hancur, jln pula selalu pecah bila dilanda ombak bsr cm ni.sepatutnya dr dulu lg dibina pemecah ombak dikawasan yg selalu kena masalh spt ni,hrp krjaan bt pembharuan & pylesaian.. Ajib Dungun

Min said...

Mmm btul doh kata mu tu Ajib...

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog