Kuku Putih Paka

January 20, 2011 by
Assalamu'alaikum semua... Hari ini 20 Januari 2011(15 Safar 1432H) ikan Kuku Putih seberat 1kg yang berjaya dipancing oleh Bro Fairus ini adalah takapan ikan pertama yang terbesar dalam group team Siakappaka dalam musim tengkujuh di Paka Dungun Terengganu.

Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita pada kebiasaannya akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan November dan akan berakhir pada Mac tahun berikutnya. 

Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor. 

Ketika itu negeri-negeri di pantai timur akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir. Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

Sebab itulah info-info terbaru dalam Blog Siakappaka ini tidak dapat dikeluarkan al maklum laa dalam musim-musim tengkujuh ini ikan semua balik rumah dan tidur secukup-cukupnya hi...

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog