Salam dari group Siakappaka, semalam 19 Jan 2013 jam 09.00 malam, bro Amer, Fendi dan admin turun memancing pada musim
tengkujuh di lokasi sungai berhampiran muara laut Kampung Tebing Tembah Paka, Dungun Terengganu. Umpan yang kami bawa hanya
udang yang dibeli di supermarket untuk cuba-cuba memancing di kawasan tersebut walaupun doh tahu susoh nok
dapat ikan di musim-musim tengkujuh ni. Nok wat guana berasa lama doh dok gi ngail, giang plok raser. Tengoh-tengoh sibuk mancing dapat la ikan duri, sembilang, siakapmerah dan siakapputih(700g), Alhamdulillah... bolehlaa...

Memandangkan ni musim tengkujuh kita kongsi sikit bab-bab musim tengkujuh, sepertimana sedia maklum, negeri-negeri di pantai
timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan November dan
akan berakhir pada Mac tahun berikutnya. Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri-negeri di pantai
timur dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor.
Ketika itu, negeri-negeri akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir.
Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan
sebagainya. Sebab itulah info-info terbaru dalam Blog Siakappaka tidak dapat di keluarkan kerana set-set Siakappaka ni malas
nok gi mancing, sedap tidur duk rumoh maklum laa musim-musim hujan ni.