Pesta Kerang, Dungun.

December 24, 2014 by
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis
haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar.
Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
Gambar menunjukkan pesta kerang yang berlaku pada hari ini, ia bermula semalam lagi di lokasi Pantai Sura Dungun, Terengganu.

3 comments:

Najib Ariyan said...

pada masa pesta ni berlangsung... saya ada rasa sedikit curiga sebenarnya... ini bukan kebiasaan kerang naik ke darat... mesti akan ada sesuatu perkara besar akan berlaku... dah kita tahu jwapannya sekarang... banjir besar seluruh Semenanjung...

Najib Ariyan said...

Salam...

saya rasa ini adalah sesuatu yg luarbiasa dan kerang2 tersebut ingin memberitahu sesuatu dan ternyata ingin memberitahu tentang banjir besar yg bakal datang...

mungkin juga... yer tak?? fenomena alam yg luarbiasa selalu berkait dengan fenomena alam yg lain...

SIAKAPPAKA said...

Mmm betul jg... tp ms pesta kerang ni, banjir besar dah berlaku pun... Mmm..?

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog