Siakap Setiu

January 28, 2014 by
Malam semalam di lokasi Kampung Pengkalan Gelap Setiu, berumpankan udang dan keseluruhan tangkapan 6 ekor kecil 2 ekor besar. Pemancing Stopa

Info, Sekitar awal tahun 2000-an, Kampung Pengkalan Gelap di sini menjadi tarikan pelancong luar yang mahu melihat dengan lebih dekat keunikan persekitaran kampung ini yang kaya dengan khazanah alam.
 
Terletak dalam kawasan tanah bencah Setiu, yang diliputi oleh ekosistem air payau dan rangkaian sungai-sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang, ia adalah tanah bencah semulajadi yang terluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
 
Kajian oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) mendapati bahawa pembentukan laguna semulajadi dengan bukaan tunggal ke laut beserta tebing dan pantai berpasir di kawasan itu menyokong populasi ikan dan tuntung laut yang terbesar di Malaysia, serta habitat tuntung sungai.
 
Di kampung ini juga terletaknya tapak semaian dan tapak penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang bersesuaian oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Aktiviti penghuni kampung ini ialah nelayan dan menjual produk hasil anyaman daripada paya bakau berdekatan.

0 comments:

Blog List

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog