background img

East Coast Monsoon | Terengganu, Malaysia Disember 2022

Date: 13/12/2022 Tuesday
Weather: Overcast
Time: 11:30am
Temperature: 28c
Wave: 1.3m
Wind: 26kph North East
Location: Pantai Teluk Bidara Dungun, Terengganu

States on the east coast such as Kelantan, Terengganu, Pahang and Johor will start facing the monsoon season around mid-November and will end in March the following year. The Northeast Monsoon wind that brings rain will focus on the states on the east coast and then circulate to the south such as Pahang and Johor.

At that time, the states will receive continuous rain while the west coast will receive rain and thunderstorms. The ongoing monsoon season will usually bring negative effects to the environment such as floods, landslides, coastal erosion and so on.

Please... Like, comment & subscribe << My YouTube Channel




Pencemaran Pantai | Mabang Akhir Musim

 

https://youtube.com/shorts/FHoiCsaD0vc?feature=share Salam semua.. Alhamdulillah.. ada juga rezeki malam tadi 9-Okt-2022, 11:50pm - 01:11am test sekejap selepas balik dari kampung.
Setup:
Rod: Daiwa Emeraldas 8'
Reel: Daiwa CrossFire LT2500
Line: Emo 8, 8lb
Leader: Phantom FC 15lb
Lure: Yamashita 2.5g - Cicak
Lokasi: Depan Muzium Dungun
Please... Like, share, comment & SUBSCRIBE


Mabang Di Akhir Musim | Oktober 2022

Cerita tadi 10:20pm - 12:11am 1-Okt-2022, air comel di Pantai Seberang Pintasan / Pantai Teluk Bidara, Dungun... boleh lah... Alhamdulillah๐Ÿคฒ ada juga rezeki bleh dibawa balik, tapi tak bleh lawan orang2 muda sekali dia orang bawa balik penuh satu plastik


 

Please like, share, comment & SUBSCRIBE Siakappaka Channels https://www.youtube.com/user/siakappaka

Kenapa Pemancing Suka Memancing?

 

Menikmati keindahan pantai yang indah & mahal https://youtube.com/shorts/EIL7dJsj5AU?feature=share selamat menonton video shorts, jangan lupa like, comment, share & SUBSCRIBE๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†1-Okt-2022, 9:31am - 10:50am
Alhamdulillah... ada juga rezeki pagi ni sambil menikmati keindahan pantai yang indah.
 
Setup: 
Rod: Daiwa Emeraldas 8' 
Reel: Daiwa CrossFire LT2500 
Line: Emo 8, 8lb 
Leader: Phantom FC 15lb 
Lure: Yamashita 3.0g


Mabang Dalam Gelombang

Salam Sahabat........
Alhamdulillah... ada juga rezeki semalam walaupun ada gelombang, angin kuat & lupa bawa torchlight๐Ÿ˜‚ di lokasi Pantai Teluk Bidara, Dungun... 24-Sept-2022, 9:31pm - 11:13pm... Selamat Menonton... Jangan lupa Like, Comment, Share & SUBSCRIBE..

Setup:
Rod: Daiwa Emeraldas 8'
Reel: Daiwa CrossFire LT2500
Line: Emo 8, 8lb
Leader: Phantom FC 15lb
Lure: Yamashita 3.0g





Mabang Teluk Bidara

 

Salam Sahabat........ Alhamdulillah... ada juga rezeki semalam walaupun ada gelombang di lokasi Pantai Teluk Bidara, Dungun๐Ÿ˜Š 17-Sept-2022, 11:00pm - 12:00am... Selamat Menonton... Jangan lupa Like, Comment, Share & SUBSCRIBE.. 

 
Setup: 
Rod: Daiwa Emeraldas 8' 
Reel: Daiwa CrossFire LT2500 
Line: Emo 8, 8lb 
Leader: Phantom FC 15lb 
Lure: Yamashita 2.5g


Bawal Emas & DartFish

  Petang 14-Sept-2022 bergelombang lagi, macam biasa... cari Nyonyo(Bawal Emas) & Kapur laa๐Ÿ˜Š Alhamdulillah...

Setup:
Rod: Okuma Nemesis 7' 
Reel: Shimano Sienna 2000FG 
Line: Limax 12lb 
Leader: Phantom FC 15lb 
Teknik: Apolo 4 mata
Umpan: Udang potong

Alhamdulillah... Hasil Sotong Mabang

Alhamdulillah... hasil pada Isnin 12-Sept-2022  | Manis2 | #Sotong Mengabang #Mabang #Cebok

Link Video Shorts YouTube๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://youtu.be/B0sAX_KYpIQ


Lokasi Pantai Tanjung Jara, Dungun... 12-Sept-2022, 7:00pm - 8:00pm, balik & datang semula๐Ÿ˜Š Selamat Menonton... Jangan lupa Like, Comment, Share & SUBSCRIBE..
 
Setup: 
Rod: Daiwa Emeraldas 8' 
Reel: Daiwa CrossFire LT2500 
Line: Emo 8, 8lb
 Leader: Phantom FC 15lb 
Lure: Yamashita 2.5g


Mabang Kasor

  

Eginger Dungun mesti kenal - Legend - Jefri Pasor Dungun๐Ÿ‘†


Bawal Emas

 

Ikan Bawal Emas merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya yang admin tahu ikan Bawal terbahagi kepada empat jenis iaitu Bawal Putih, Hitam, Emas dan Tambak Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang lain.

Spesis ini di Terengganu dipanggil Nyonyo/Senyonyo, ia hidup dan berenang secara berkumpulan kebiasaannya pada musim tertentu Bawal Emas boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut dan Ikan Kapur/Dart Fish di persisir pantai.

Pergerakan spesis ini dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat bagaimanapun ia juga boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

Spesis ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama. 


Please Like, comment & Subscribe



Info Mabang #Sotong Mengabang

Sotong mengabang ini adalah salah satu daripada tiga spesies yang diiktiraf berada di dalam genus Sepioteuthis. Ia juga merupakan spesies yang paling meluas dalam genusnya. Sotong mengabang ini boleh ditemui di kawasan yang sederhana dan tropika di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik barat.

Julat asal mereka meliputi timur ke Kepulauan Hawaii, barat ke Laut Merah, utara ke Jepun, dan selatan ke Australia dan New Zealand, Asia hinggalah ke Malaysia. Sotong mengabang juga merupakan sotong air panas neritik. Lazimnya mereka ditemui pada paras air sehingga 100 meter.

Namun spesies ini lebih cenderung mendekati garis pantai, berhampiran batu dan terumbu. Mereka sedikit lebih aktif pada waktu malam dan akan bergerak ke perairan yang lebih dalam atau mencari perlindungan pada siang hari.

Sepioteuthis lessoniana, yang dikenali dengan nama umum bigfin reef squid, oval squid atau green-eyed squid adalah spesies sotong lollipid yang penting secara komersil. Di Australia dan New Zealand, bigfin reef squid ini dikenali sebagai northern calamary.

Koonthal dalam bahasa Malayalam, o osi kanava dalam bahasa Tamil, calmar tonnelet dalam bahasa Perancis, calamar manopla dalam bahasa Sepanyol, aori-ika dalam bahasa Jepun dan sotong mengabang atau mabang dalam bahasa Melayu.

Please Like, comment & Subscribe

Mana Satu Saiz Padu | Sotong Mengabang


Mana yang besar?? Lokasi yang sama, candat yang sama, masa yang berbeza๐Ÿ˜Š


Mabang Kasor | Pantai Teluk Bidara

 

Salam Sahabat........ Alhamdulillah... ada juga rezeki turun sekejap hampir tengah hari tadi... di lokasi Pantai Teluk Bidara, Dungun... Selamat Menonton... Jangan lupa Like, Comment, Share & SUBSCRIBE..
Setup
Rod: Okuma Nemesis 7' 
Reel: Shimano Sienna 2000FG 
Line: Limax 10lb 
Leader: Phantom FC 15lb 
Lure: Yamashita 2.5g Oren


Mabang Seberang Takir | Lucut Kasor | Eging Squid Terengganu

Salam... Alhamdulillah... ada juga rezeki manis-manis di lokasi Benteng Seberang Takir, Kuala Terengganu... cuti Hari Raya AidilAdha balik kampung di Kampung Bukit Tumbuh, rumah emak pula di Kampung Padang Takir, Kuala Terenggaanu... jadi lokasi tempat memancing tidak lah jauh hanya lebih kurang 1km lebih sahaja... Selamat Menontong Guyssss....

Setup:

Rod: Okuma Nemesis 7' Reel: Shimano Sienna 2000FG Line: Limax 10lb Leader: Phantom FC 15lb Lure: Yamashita 2.5g Please Like, Comment, Share & SUBSCRIBE..

Candat Udang Yang Dilupakan

Ada berbagai-bagai kaedah atau cara yang biasa dilakukan oleh pemancing tempatan untuk menangkap sotong selain mencandat dan salah satunya ialah mengewang iaitu dengan menggunakan peralatan khas yang dinamakan candat.

Di dalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengikut keadaan semasa seperti Yamashita, DTD, Keystone, Yozuri, Egimaru, Stalit dan lain-lain. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan di antaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan lain-lain lagi.


Candat Udang sangat sesuai digunakan untuk mengewang dan mencandat Sotong Mengabang, Jarum, Tupat, Katak dan Torak di pantai ini kerana bentuknya yang solid serta dapat mengimbangi badan di dalam air dan sekaligus memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.

Keberkesanan candat banyak bergantung kepada kejernihan air, kekuatan arus, arah arus, suhu air laut, kemasinan air laut, keamatan cahaya bulan, cara mengewang candat, nafsu makan sotong dan yang paling penting ialah jumlah sotong yang berkumpul di perairan pantai.

Penggunaan candat berbeza memberikan peluang kepada pemancing atau pengewang untuk mendapatkan hasil sotong yang lebih.

Gambar menunjukkan antara variasi candat udang yang dah dilupakan..
dulu yang inilah cebok.. ada lagi ke gang-geng eging yang masih guna๐Ÿ˜Š baru-baru ni sotong masih pegang lagi candat ni๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Jangan lupa ya sahabat selepas menonton please Like, Comment, Share & SUBSCRIBE

Mat Kilau | Tokku Paloh | Tok Kenali - Sejarah Ulama-Ulama Dan Pahlawan Melayu Di Tanah Melayu

Mufti Syeikh Othman Bin Senik - Guru Mat Kilau 

Selain Pahlawan Mat Kelantan yang diketahui menjadi guru kepada Pahlawan Mat Kilau, seorang lagi ulama bertaraf wali Allah yang menjadi guru beliau ialah Syeikh Othman Bin Senik yang menjadi Mufti Pertama Pahang.

Syeikh Othman ini adalah di antara murid kepada Wali Allah Tok Bendang Daya Muda, ulama yang sangat terkenal namanya di Fathoni Darus Salam.
Beliau juga disebut sebagai salah seorang peniup semangat kebangkitan masyarakat Melayu menentang penjajah. Alangkah bagusnya jika tokoh² ulama ini ada dilibatkan di dalam filem Mat Kilau supaya masyarakat dapat melihat penglibatan ulama dalam perjuangan Melayu.
 
Mat Kilau Berguru Dengan Tok Ku Paloh.
๐ŸŒนTokku Paloh itu nama sebenarnya beliau ialah Sayyid Abd Rahman Al-Idrus dari keturunan Rasulullah.  Dan beliau ini adalah Ulama SUFI yang disegani.
๐ŸŒนJangan pulak semangat mat kilau tapi tak semangat macam mana mat kilau belajar kerohanian dan agama.
๐ŸŒนJangan jadi wahabi yang tolak tasawwuf dan ulama sufi..๐Ÿ˜

Mat Kilau pernah berkata..
๐ŸŒน"Kalau Beragama, Jangan Sekadar Pakaiannya (Syariat), Biar Tentu Bersih Juga Tubuhnya (Hakikat)...
๐ŸŒนKalau Belajar, Jangan Sekadar Ilmunya (Feqah), Biar Tentu Kukuh Juga Adabnya (Tasawwuf)...
๐ŸŒนKalau Beramal, Jangan Sekadar Ayatnya (Zahir), Biar Tentu Juga Berbulat Dengan Rahsia-NYA (Bathin)..." 

Pejuang2 Melayu yg mempertahan tanah air dulu ialah Ahli Sufi yg bertariqat. Antaranya:
# Mat Kilau (Muhammad Bin Imam Rasu) dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!
# Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah.
# ‘Tok Janggut’ atau Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas yang merupakan seorang ulama dan pendekar sufi yang pernah menjadi murid bersama Tok Kenali kepada Tokku Paloh dan beliau juga adalah murid kepada Sheikh Wan Ahmad Al-fathani semasa menuntut di Mekah.
# dan ramai lagi...

Tok Kenali orang gila dan tidak waras!!
Kalau Tok Kenali masih hidup hari ini, pastinya dengan mudah beliau dianggap tidak waras atau org gila!! Masakan tidak, beliau yg masyhur sbgai seorang yang berilmu tinggi yg bertaraf wali, tetapi peribadinya disebutkan sering tidak berbaju dan selalu berjalan ke mana-mana dengan berkaki ayam sama seperti peribadi seorang yg tidak waras.

Apatah lagi di zaman skrg ni semakin ramai munculnya golongan yg tidak mengiktiraf keilmuan para ulama silam tanah jawi, memandang remeh terhadap keilmuan para tetua dulu² serta menolak kewalian dan keramat para aulia.. 



Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan orang yg angkuh dan sombong dengan pengiktirafan sijil pendidikan moden dinihari. Sijil akademik moden merupakan salah satu bala bg umat di akhir zaman apabila disalahgunakan!
Al-fatihah buat Waliyullah Tok Kenali dan ulama terdahulu..


TUK KU PALUH.
(TONGGAK UTAMA PAHLAWAN MAT KILAU)

Seorang insan yang bergelar ulama dan tokoh pahlawan Melayu Terengganu yang hidup di antara tahun 1817 hingga tahun 1917.Beliau dipercayai lahir pada tahun 1817 di kampung Cabang Tiga,Kuala Terengganu,Terengganu.Nama sebenarnya ialah Sayid Abdul Rahman bin Sayid Muhammad.Bapanya Sayid Muhammad bin Zainal Abidin al-Idrus yang lebih dikenali dengan panggilan Tuk ku Tuan Besar adalah generasi kedua daripada keturunan al-Idrus di Terengganu,yang dipercayai berasal dari Hadramaut,Yaman.Tuk Ku Paluh adalah anak kedua daripada lima orang adik-beradik seibu sebapa.Pada awalnya Tuk Ku Paluh mendapat pendidikan daripada bapanya.Beliau juga telah berguru dengan Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amin atau Tuk Syekh Duyung,ulama yang menjadi mufti Baginda Omar.Setelah dewasa,Tuk Ku Paluh meneruskan pengajiannya di Kota Makkah dengan mendalami ilmu tafsir,hadis,tauhid dan tasawuf.
Sekembalinya ke Terengganu,Tuk Ku Paluh mengajar di masjid Tuk Ku Paluh di Cabang Tiga.Kemudian beliau berpindah dan membuka satu perkampungan baharu di Paluh,yang kemudiannya menjadi pusat pengajaran agama yang terkenal di dalam dan luar negara.
Tuk Ku Paluh adalah ulama yang mengamalkan Tarekat Naqsyahbandiyah.Dalam pengajarannya Tuk Ku Paluh mengekalkan cara syarahan.Pengajarannya meliputi semua bidang ilmu Islam tetapi yang ditekankan ialah ilmu tasawuf.Muridnya bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga dari Kelantan,Pahang dan Patani.Antara anak muridnya yang terkenal ialah Sultan Zainal Abidin III,Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong, dan Lebai Abdul Rahman yang berasal dari Patani.Tuk Ku Paluh juga telah menghasilkan beberapa buah kitab,antaranya yang terkenal ialah Ma'arijul Lah-fan yang ertinya, Kitab Tangga Orang Yang Sangat Dahagakan Untuk Naik Kepada Hakikat-Hakikat Pengenalan.Kitab ini adalah kumpulan syarahan kepada murid-muridnya.
Tuk Ku Paluh menjalin hubungan kekeluargaan dengan kerabat diraja Terengganu melalui perkahwinannya dengan Tengku Mandak,kekanda Sultan Zainal Abidin III.Beliau juga telah dilantik sebagai syekhul ulama atau ketua ulama pada ketika itu.Di samping itu juga beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri yang bertanggungjawab mentadbir rakyat dan negeri.Sultan Zainal Abidin III dikatakan banyak mendapatkan buah fikiran dan pandangannya apabila menghadapi masalah dalam hal-ehwal negeri Terengganu.
Dalam peristiwa pemberontakan Pahang melawan penjajah British,yang dipimpin oleh Datuk Bahaman,Tuk Gajah dan Mat Kilau,para pejuang Melayu hampir menyerah kalah kerana tekanan kerajaan Pahang tetapi telah mendapat semangat baharu setelah perjumpaan dengan Tuk Ku Paluh.Tuk Ku Paluh telah memainkan peranan penting dan tanggungjawabnya dalam membantu pejuang-pejuang Melayu Pahang dengan meniupkan kata-kata semangat serta doa bagi menambah kekuatan baharu untuk melancarkan serangan ke atas British,sehingga akhirnya pejuang-pejuang Melayu Pahang telah berjaya menawan kubu di Jeram Ampai.Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat mempertahankan kubu tersebut lalu berundur dan sekali lagi mendapatkan perlindungan Tuk Ku Paluh.Dengan Taktik dan perancangan rapi oleh Tuk Ku Paluh dan Sultan Zainal Abidin III, Hugh Clifford,pegawai British yang ditugaskan memburu mereka gagal menangkap pejuang-pejuang Melayu Pahang.
Pengaruh Tuk Ku Paluh juga ketara dalam usaha British untuk bertapak di Terengganu.Berikutan satu perjanjian antara British dengan Siam pada tahun 1909,Siam telah memindahkan naungannya ke atas beberapa buah negeri Melayu termasuk Terengganu kepada kerajaan British.Namun begitu Terengganu tidak mengiktiraf perjanjian tersebut.Tuk Ku Paluh dalam memberi pandangannya kepada Sultan Zainal Abidin III berpendapat bahawa usaha British yang dibantu oleh Siam itu adalah satu ancaman besar kepada kedaulatan dan keutuhan agama Islam.
Antara anak Tuk Ku Paluh yang terkenal ialah Sayyid Akil atau Tuan Pengeran,Sayid Abu Bakar atau Tuan Embung yang dilantik sebagai syekhul ulama semasa pemerintahan Sultan Sulaiman dan Sayid Sagaf atau Engku Kelana.
Tuk Ku Paluh dipercayai telah pulang ke rahmatullah pada tahun 1917.Dengan ketiadaan tokoh penting ini dan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1918 serta keadaan politik dalaman negeri Terengganu yang lemah,cita-cita British untuk bertapak di Terengganu terlaksana pada tahun 1919.
Bissirril al-fatihah untuk Al-Marhum Tuk Ku Paluh dan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III,sultan Terengganu.Semoga Allah mencucuri rahmat dan inayah-NYA ke atas ruh mereka atas jasa,pengorbanan dan perjuangan mendaulatkan Islam dan mempertahankan maruah bangsa Melayu dan negeri daripada penjajahan kuffar British.

*Photo Pusaranya
Sumber: Sejarah Ulama-Ulama Dan Pahlawan Melayu Di Tanah Melayu.




Mengabang Manis-manis | Eging Squid Terengganu

Salam... Alhamdulillah... ada juga rezeki manis-manis di lokasi Pantai Teluk Bidara, Dungun.
 
[Setup]
Rod: Daiwa Emeraldas 8'
Reel: Daiwa CrossFire LT2500
Line: Lemax 8lb Leader: Mantap Plus FC 8lb
Lure: Yamashita 2.5g
 


Sotong Mengabang | Saiz Padu | Pantai Dungun

Salam... Alhamdulillah... ada juga rezeki manis-manis pagi tadi & malam baru2 ni Lokasi: Pantai Sura Hujung & Pantai Teluk Bidara, Dungun.

[Setup]
Rod: Daiwa Emeraldas 8' 
Reel: Daiwa CrossFire LT2500 
Line: Lemax 8lb 
Leader: Mantap Plus FC 8lb 
Lure: Yamashita 2.2/2.5g 
Please... Like, Share, Comment & Subscribe.



Sotong Mengabang | Pantai Teluk Lipat

Alhamdulillah... Semalam - Sotong Mabang/Mengabang di lokasi Tanah Lot Pantai Teluk Lipat, Dungun - hasil dalam air surut...

[Setup]
Rod: Daiwa Emeraldas 8'
Reel: Daiwa Crossfire LT Spinning 2500
Line: Lemax 8lb
Leader: Mantap FC 8lb
Lure: Yamashita 2.2/2.5g


Sotong Mabang | Pantai Teluk Bidara

Alhamdulillah... dapat juga hasil mengcandat sambil santai-santai petang di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, Dungun - 1 Jun 2020



[Setup]
Rod: Daiwa Emeraldas 8'
Reel: Daiwa Crossfire LT Spinning 2500
Line: Lemax 8lb
Leader: Mantap FC 8lb
Lure: Yamashita 2.2/2.5g



Mengabang, Jarum, Tupat, Torak | Pantai Sura, Dungun

Alhamdulillah... ada manis-manis malam tadi, tak boleh nak main lama kerana kilat, angin, arus semakin kuat, menandakan hujan dan ribut akan melanda dari laut ke darat.
Video fb>> https://fb.watch/dbMZ_RDlGg/
Please... like & follow๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†


Sotong Syawal22

Salam... Alhamdulillah... ada juga rezeki manis-manis sepanjang Syawal 2022. 
Lokasi: Pantai Teluk Lipat, Pantai Sura & Pantai Teluk Bidara, Dungun.
 
[Setup]
Rod: Daiwa Emeraldas 8'
Reel: Shimano Sienna FG2000
Line: Lemax 10lb
Leader: V8 20lb
Lure: Yamashita 2.2/2.5g
 
Please... Like, Share, Comment & Subscribe.

Lesen Mengabang Syawal 2022

Alhamdulillah... walaupun hasilnya kurang tadi tidak seperti sebelum ni oklah adalah juga manis2... asalkan dah dapat lesen Mengabang itu dah cukup๐Ÿ˜

Cerita๐Ÿ‘‰ https://fb.watch/d3TlAWHod3/ please like & follow my page.

 


Tak Muat Plastik

 Salam... Alhamdulillah hasil eging malam tadi... Tak muat supek/plastik bolehlah... Sotong Tupat, Jarum & Torak... 10:50pm - 01:00am di lokasi Tanah Lot Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Please... Like & Follow my page...

Setup:
Rod: Daiwa Emeraldas 8'
Reel: Shimano FG2000
Line: Lemax 10lb
Leader: V8 20lb
Lure: Yamashita 2.2/2.5g

Hasil Ikan Kapor Sebelum Berbuka Puasa

Pusing-pusing Pantai Seberang sebelum berbuka tadi... sempat lagi test dalam setengah jam untuk menghilangkan puas di petang bulan Ramadhan 25 April 2022... hasilnya agak padu... Alhamdulillah...
* Ikan Kapur / Dart Fish


Hasil Sotong Ketupat & Jarum

Alhamdulillah... Hasil sotong Ketupat & Jarum pada malam Ramadhan baru-baru ini 16 April 2022 di tepi Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu >> https://www.facebook.com/GengSiakappaka/photos/a.735003856605002/4593952040710145/ 

Hasil Sotong Ketupat mula-mula turun malam Ramadhan pada 15 April 2022 di tepi Pantai Teluk Lipat, Dungun >> https://www.facebook.com/photo/?fbid=5701430786539516&set=a.116415285041122 jangan lupa like & follow my page... Terima kasih.


Hasil Sotong - Ramadhan 2022

Alhamdulillah... hasil eging yang agak padu pada 17 April 2022 di perairan Pantai Sura Hujung, Dungun.
Hasil dari rakan-rakan eging pada 16 April 2022 di perairan Pantai Teluk Lipat, Dungun... Kredit buat Pok Pin & Syam.
Jangan lupa like & follow my page... Terima kasih.

Sotong Jarum & Katak

  Hasil eging pada 2 April 2022 11:00pm - 12:10am

Please Like, comment & Follow My Page >> https://www.facebook.com/GengSiakappaka


Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers